Berita Harian

Lokman Adam direman kes ugutan jenayah, komen jelik dalam FB

-

Kuala Lumpur: Polis menjalanka­n siasatan berhubung video yang dimuat naik oleh pemilik Facebook Lokman Noor Adam kerana mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunaka­n perkataan jelik terhadap kepemimpin­an Perdana Menteri.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu direman sehari bagi membantu siasatan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata Lokman ditahan bagi membantu siasatan ke atas video berunsur ugutan jenayah dan komen jelik yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya.

Katanya, siasatan dimulakan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5) JSJ Bukit Aman selepas menerima satu laporan polis ke atas Lokman, kelmarin.

“Siasatan diklasifik­asikan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmat­an rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Huzir berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil

Lokman ditahan bagi membantu siasatan ke atas video berunsur ugutan jenayah dan komen jelik yang dimuat naik menerusi laman Facebook miliknya.

Huzir Mohamed,

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman

1955 kerana menggunaka­n perkataan kurang sopan.

Beliau berkata, Lokman ditahan kira-kira jam 11 malam kelmarin dan polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk memuat naik video yang tular itu.

“Permohonan reman ke atas suspek dibuat dan dibenarkan selama satu hari. Siasatan lanjut masih diteruskan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n siasatan secara profesiona­l dan adil tanpa menerima tekanan atau arahan daripada mana-mana pihak,” katanya.

Huzir turut menggesa semua pihak memberi ruang kepada polis untuk melengkapk­an siasatan secara telus dan adil.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang sengaja menggugat ketenteram­an dan keselamata­n awam,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Lokman Noor Adam
Lokman Noor Adam
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia