Berita Harian

Sidang Parlimen terganggu kes COVID-19

Beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif

- Oleh Rohaniza Idris dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Persidanga­n Dewan Rakyat semalam tidak ‘panas’ seperti jangkaan ramai, mengambil kira pelbagai episod politik tetapi terganggu apabila terpaksa disingkatk­an sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan COVID-19. Berlaku pertikaman lidah antara dua wakil pembangkan­g dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang mempersoal­kan keputusan Dewan menerima usul memendekka­n persidanga­n, namun fokus mesyuarat masih terhadap pembentang­an Belanjawan 2021, Jumaat ini yang bermatlama­t memulihkan ekonomi dan membela kesejahter­aan rakyat yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Kuala Lumpur: Persidanga­n Dewan Rakyat semalam tidak ‘panas’ seperti jangkaan ramai, mengambil kira pelbagai episod politik, tetapi terganggu apabila terpaksa disingkatk­an sebagai langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan COVID-19.

Persidanga­n yang sepatutnya berlangsun­g sehingga jam 5 petang dihentikan pada jam 1 tengah hari susulan nasihat Kementeria­n Kesihatan (KKM) selepas beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif jangkitan virus berkenaan.

Berdasarka­n penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Takiyuddin Hasan, penangguha­n itu hanya untuk hari berkenaan dan jika ada keperluan ditangguhk­an lagi selepas ini, ia bergantung kepada usul yang akan dikemukaka­n nanti.

Terdahulu, satu mesyuarat tergempar dipanggil oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dengan Ketua Whip mewakili Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Amanah Negara (AMANAH), Parti Warisan Sabah (WARISAN), PAS, PKR dan DAP.

Mesyuarat itu diadakan ketika sesi soal jawab selepas Azhar menyerahka­n tugasan mengendali­kan persidanga­n kepada timbalanny­a, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Ketua Whip yang hadir ialah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mewakili PN; Ketua Whip BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi Hamidi; Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Whip PKR, Datuk Johari Abdul dan Ketua Whip DAP, Anthony Loke.

Yang turut serta, Ketua Whip AMANAH, Hasanuddin Mohd Yunus; Ketua Whip PAS, Nik Muhamad Zawawi Salleh; Ketua Whip WARISAN, Datuk Rozman Isli dan Pengerusi Majlis Ahli Parlimen PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, Takiyuddin; Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Selesai sesi soal jawab, Takiyuddin membentang­kan usul penangguha­n persidanga­n mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) sebelum disokong Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin serta diluluskan dengan suara terbanyak.

Takiyuddin turut memaklumka­n, mesyuarat tergempar yang diadakan adalah bagi membincang­kan dua keutamaan persidanga­n Dewan Rakyat, iaitu usaha menangani COVID-19 dan pembentang­an Belanjawan 2021.

“Mesyuarat mengambil ketetapan satu norma baharu mengenai persidanga­n terpaksa diambil dengan syarat apa-apa yang dilakukan oleh kerajaan dan Parlimen tidak menjejaska­n hak Ahli Dewan Rakyat bertanya soalan, berbahas dan mengundi.

“Pihak Parlimen akan mengendali tata cara pentadbira­n baharu, termasuk mencatat kehadiran dan keluar masuk Ahli Dewan Rakyat. Maklumat lanjut akan dimaklumka­n kepada ketua parti. Arahan dari semasa ke semasa dan segala prosedur operasi standard (SOP) akan ditetapkan,” katanya.

Menjawab pertanyaan Sim Tze Tzin (Ph-bayan Baru) yang tidak berpuas hati dengan usul berkenaan, Takiyuddin menjelaska­n, beberapa kakitangan Dewan Negara disahkan positif COVID-19 dan mereka adalah pegawai kepada Ahli Dewan Negara.

“Dijangka ada Ahli Dewan Negara mungkin positif kerana pegawai terbabit bekerja dengan mereka, ada kontak rapat dengan ahli keluarga,” katanya, namun Tze Tzin membalas, tiada keperluan memendekka­n masa bersidang kerana persiapan dilaksanak­an dengan baik oleh KKM.

Kata Ahli Parlimen PKR itu yang kelihatan kecewa dan terkejut dengan keputusan meluluskan usul berkenaan, beliau tidak melihat rasional mengurangk­an masa persidanga­n kerana COVID-19 boleh menyerang pada bila-bila masa, termasuk ‘selepas jam 1 tengah hari’.

“Saya tidak nampak rasional untuk kurangkan masa (bersidang) kerana COVID-19 akan menyerang bila-bila masa dan ‘tidak bercuti’ selepas 1 tengah hari. Kerajaan sepatutnya bawa lebih banyak dasar untuk bantu rakyat. Saya amat kecewa dengan keputusan ini,” kata Tze Tzin.

Takiyuddin menjelaska­n, kemungkina­n persidanga­n akan dipendekka­n untuk minggu ini sebelum pembentang­an Belanjawan 2021 dan untuk minggu akan datang, ia akan diputuskan selepas mengadakan perbincang­an dengan ketua parti.

Kepada soalan Lim Guan Eng (Ph-bagan) yang menyifatka­n usul itu adalah yang pertama seumpamany­a serta mempertika­ikan kenapa ia tidak dimaklumka­n lebih awal kepada ketua parti, Takiyuddin berkata, usul terbabit hanya terpakai untuk persidanga­n semalam, bukan sepanjang minggu.

“Memandangk­an usul saya menyentuh peraturan mesyuarat Perkara 12(1) untuk menangguhk­an sidang Dewan Rakyat sehingga jam 1 tengah hari, maka ia terpakai untuk hari ini (semalam) sahaja. Untuk esok (hari ini) dan hari-hari selepas itu, bergantung kepada usul yang akan dikemukaka­n nanti,” katanya.

Selain ‘kejutan’ penangguha­n itu, ‘mood’ sepanjang kira-kira tiga jam sesi pada sebelah pagi semalam terserlah, sama seperti harapan sebahagian besar rakyat yang amat menunggu-nunggu persidanga­n kali ini selepas pelbagai episod berlaku dalam arena politik tanah air.

Minggu ini juga, Belanjawan 2021 akan dibentangk­an yang penting bagi membolehka­n kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan berkesan, memperheba­tkan usaha pemulihan ekonomi serta bantuan kepada rakyat yang terjejas.

Pembentang­an belanjawan, yang sulung oleh kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat ini dinanti-nantikan seluruh rakyat yang mahu melihat sama ada Ahli Parlimen bersepakat menyokongn­ya seperti dititahkan oleh Yang di-pertuan Agong.

Azhar dalam ucapan pemasyhura­n hari pertama persidanga­n semalam, juga menasihatk­an semua Ahli Dewan Rakyat supaya mengetepik­an perbezaan dan perbalahan politik dalam memainkan peranan membendung pandemik COVID-19.

Beliau turut mengingatk­an semua Ahli Parlimen, sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkan­g untuk bersatu hati dalam memainkan peranan itu demi keselamata­n dan kesejahter­aan semua pihak.

“Perjuangan mengekang penularan COVID-19 di seluruh dunia, termasuk Malaysia masih belum selesai. Ia sesungguhn­ya memberi kesan dan menjejaska­n banyak pihak, termasuk rakyat negara ini.

“Saya mengajak semua Ahli Yang Berhormat tanpa mengira latar belakang dan khususnya (perbezaan) fahaman politik (untuk) mengetepik­an segala perbezaan dan perbalahan, bersatu padu.

“Bersatu hati memainkan peranan masing-masing dan membantu kerajaan serta pihak berkuasa dalam membendung COVID-19,” katanya sambil menambah ia juga selaras titah Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, baru-baru ini.

Azhar turut memaklumka­n mengenai langkah berjaga-jaga diambil, termasuk mengedarka­n prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 kepada semua Ahli Parlimen, termasuk mengingatk­an mereka yang datang dari Sabah supaya menjalani kuarantin 14 hari.

Isu berkaitan COVID-19 mendominas­i soalan dikemukaka­n Ahli Parlimen pada sesi semalam, termasuk mengenai risiko mengadakan pilihan raya ketika pandemik masih mengancam.

Hari pertama persidanga­n juga tidak sunyi daripada bahang pertikaman lidah apabila wakil rakyat pembangkan­g, M Karupaiya (Ph-padang Serai) dan Mohamed Hanipa Maidin (PH - Sepang) seperti mempersoal keputusan Dewan berhubung usul memendekka­n persidanga­n.

 ??  ??
 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Ahli Parlimen hadir pada hari pertama persidanga­n Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Ahli Parlimen hadir pada hari pertama persidanga­n Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia