Berita Harian

Kerajaan kaji akta baharu pilihan raya

Perhimpuna­n beramai-ramai pada PRN Sabah punca kes COVID-19 meningkat

- Oleh Rohaniza Idris dan Muhammad Yusri Muzamir bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan sedia mengkaji cadangan bagi mewujudkan akta tertentu membabitka­n proses pilihan raya untuk mengekang penularan COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Tidak dinafikan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada September lalu yang menyaksika­n perhimpuna­n beramai-ramai mengakibat­kan peningkata­n mendadak kes COVID-19.

“(Pilihan raya) ini adalah bidang kuasa Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) dan saya tidak boleh memberi maklumat lanjut, sama ada pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU) boleh atau tidak dilakukan, tetapi kerajaan sentiasa memantau.

“Jika perlu wujudkan akta tertentu, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan pada hari pertama persidanga­n Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Jalaluddin Alias (Bn-jelebu) sama ada kerajaan akan mewujudkan akta tertentu seperti memendekka­n tempoh berkempen atau kaedah kempen baharu bagi mengekang penularan COVID-19.

Menjawab soalan Fong Kui Lun (Dap-bukit Bintang), Redzuan berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dikuatkuas­akan di seluruh negara bagi membendung penularan COVID-19 ketika ini.

Menerusi pelaksanaa­n itu, katanya, semua sektor dan aktiviti dibenarkan beroperasi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang menekankan kepada amalan protokol kesihatan dan norma baharu.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kawalan di sesuatu kawasan atau lokaliti akan diperketat­kan, jika berlaku peningkata­n kes COVID-19, melalui Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD).

Pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berjaya menurunkan keluk penularan wabak COVID-19 dan mencegah daripada berlakunya gelombang kedua penularan pandemik itu.

Empat fasa PKP berakhir pada 12 Mei lalu, digantikan dengan fasa PKPB bermula daripada 13 Mei hingga 9 Jun lalu, seterusnya PKPP dari 10 Jun hingga 31 Ogos lalu.

“Ia adalah langkah ‘exit strategy’

Jika perlu wujudkan akta tertentu, kerajaan akan sentiasa mengkaji dan membuat cadangan kepada rakyat.

Mohd Redzuan Md Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri

secara berhati-hati dengan pembukaan secara berperingk­at hampir semua sektor ekonomi dan juga sosial berpanduka­n SOP ditetapkan.

Sementara itu, Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang membentang­kan Rang Undang-undang (RUU) Koperasi (Pindaan) 2020 berkata, keahlian untuk menubuhkan koperasi asas dikurangka­n daripada 50 kepada 20.

Langkah itu bertujuan membolehka­n orang ramai menubuhkan koperasi selain memudahkan urusan pentadbira­n. Selain itu, menerusi pindaan itu, hanya 10 ahli diperlukan untuk tanda tangan minit mesyuarat berbanding 25 ahli sebelum ini.

Pindaan RUU itu yang merangkumi 11 fasal bertujuan memastikan sektor koperasi kekal relevan dan menjadi jentera penggerak ekonomi negara. Kali terakhir akta itu dipinda ialah pada 2007.

Setakat 31 Disember 2019, ada 14,625 koperasi berdaftar di negara ini yang mempunyai kekuatan 6.09 juta ahli dengan modal syer dan yuran berjumlah RM15.39 bilion serta aset bernilai RM146.78 bilion.

Dari segi pencapaian, gerakan koperasi menjana pendapatan RM45.79 bilion dan purata pertumbuha­n perolehan sektor koperasi setiap tahun meningkat sebanyak 3.97 peratus dari 2014 hingga 2019.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan pula ketika membentang­kan Rang Undang-undang (RUU) Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020, berkata antara cadangan ialah pada Seksyen 19 untuk mengenakan denda hingga RM500,000 kepada majikan yang gagal memastikan keselamata­n, kesihatan dan kebajikan pekerja di tempat kerja.

Seksyen 23 pula menaikkan denda daripada RM20,000 kepada RM200,000 bagi pihak yang melanggar peruntukan Seksyen 21 dan 22 mengenai kewajipan pengilang ke atas loji dan bahan bagi kegunaan semasa bekerja.

 ?? (Foto Aizuddin Saad/bh) ?? Mohd Redzuan hadir persidanga­n Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.
(Foto Aizuddin Saad/bh) Mohd Redzuan hadir persidanga­n Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia