Berita Harian

Hari pertama sidang sudah ada provokasi

-

Kuala Lumpur: Tidak sampai tiga jam bersidang pada hari pertama semalam, Dewan Rakyat sudah panas dengan pertikaman lidah antara Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun dan wakil rakyat pembangkan­g.

Ia bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan membentang­kan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) bagi memendekka­n tempoh persidanga­n semalam hingga jam 1 tengah hari. Usul itu disokong Menteri Perumahan

dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Rentetan itu, M Karupaiya (PH - Padang Serai) tiba-tiba menyampuk ketika Azhar mengemukak­an penjelasan berhubung penangguha­n persidanga­n Dewan Rakyat, “kalau susah kita tukar kerajaanla­h senang,” katanya.

Azhar yang berang dengan kenyataan itu mempersoal­kan hubung kait antara kenyataan Karupaiya dengan penangguha­n persidanga­n berkenaan.

“Apa pasal cakap macam itu? Apa kena-mengena dengan... kita ada usul 12(1) yang sepatutnya saya kemukakan masalah tanpa perbahasan,” katanya.

Bagaimanap­un, Mohamed Hanipa Maidin (PH - Sepang) yang bangun mencelah mempersoal­kan tindakan Azhar, “Speaker jangan jawab soalan bagi pihak menteri boleh tak?”

Azhar yang berang dengan tindakan itu kemudian menegaskan, “Siapa jawab?”

Mohamed Hanipa: Tadi Yang Berhormat ditanya itu (Takiyuddin), Yang Berhormat jawab.

Azhar: Saya beri penerangan kerana saya yang pengerusik­an mesyuarat ini.

Mohamed Hanipa: ‘Come on’ la Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat), we are tired la (kami penatlah).

Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN - Sik): Duduklah Sepang (Mohamed Hanipa).

Perbahasan diteruskan dengan beberapa Ahli Parlimen lain memberikan pandangan mengenai usul berkenaan.

Usul dikemukaka­n Takiyuddin bagaimanap­un lulus dengan sokongan suara terbanyak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia