Berita Harian

834 kes positif, 2 kematian

Labuan catat peningkata­n hampir enam kali ganda

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kes baharu positif COVID-19 di negara ini masih tinggi apabila sebanyak 834 kes dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,339, setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Labuan mencatatka­n peningkata­n hampir enam kali ganda iaitu 105 kes, berbanding kelmarin dengan hanya 18 kes positif.

Beliau berkata, berikutan itu, lebih banyak saringan bersasar yang dijalankan di lapangan dengan saringan komuniti yang dijalankan di Jalan Tenaga berjaya mengesan 57 lagi kes positif COVID-19 semalam.

“Sabah pula mencatatka­n sebanyak 503 kes atau 60.3 peratus, manakala negeri di Lembah Klang mencatatka­n 157 kes bersamaan 18.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

“Secara keseluruha­nnya, Sabah, negeri di Lembah Klang dan Labuan mencatatka­n sebanyak 765 kes iaitu 91.7 peratus. Semua negerinege­ri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, selain itu 7.7 peratus atau 64 kes semalam disumbangk­an oleh kluster di penjara dan berkaitan pusat tahanan sementara (PTS) iaitu PTS Tawau 42 kes, Kluster Penjara Seberang Perai (sembilan), Kluster Penjara Kepayan (lapan), Kluster Rumah Merah (empat), dan Kluster Penjara Tapah (satu kes).

“Tiga kes hari ini pula adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara masingmasi­ng satu kes dari Amerika Syarikat (AS), India dan Indonesia,” katanya.

Memperinci­kan mengenai kes semalam, selain Sabah yang menyumbang­kan 503 kes, negeri lain yang mencatatka­n pertambaha­n kes ialah Selangor iaitu 129, disusuli Pulau Pinang (21), Kuala Lumpur (20), Negeri Sembilan (16), Sarawak (14), Johor (lapan), Putrajaya (enam), Kedah (tiga), Perak (tiga), Kelantan (dua) dan Pahang (satu). Dua kes kematian dilaporkan semalam di Kota Kinabalu dan Sandakan, Sabah membabitka­n mangsa berusia 75 dan 88 tahun, menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 251 atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah semalam terdapat 900 kes pulih menjadikan jumlah kumulatif kes yang sudah pulih sepenuhnya adalah 23,120 kes atau 69.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Sementara itu, katanya, sebanyak tujuh individu termasuk seorang petugas media yang sepatutnya bertugas di Parlimen disahkan positif melalui saringan sebelum sidang Dewan Rakyat bermula.

Katanya, mereka termasuk seorang polis bantuan dan isterinya, rakan sekerjanya, seorang petugas media serta pembantu seorang senator.

“Seorang polis bantuan didapati positif dan kita menjalanka­n pengesanan kontak dan mendapati tiga daripada rakan sekerjanya serta isterinya juga positif. Sudah ada lima kes di situ.

“Seorang lagi bekerja dengan media dan kami sudah menjalanka­n pengesanan kontak terhadap tujuh ahli keluargany­a dan keputusan ujian masih belum diperoleh.

“Pembantu seorang senator didapati positif dan kami sudah mengenal pasti 12 kontak rapat. Walaupun pembantu itu positif, mereka mungkin dalam tempoh inkubasi jadi kami kuarantin semuanya,” katanya.

Beliau berkata, ada tempoh enam minggu daripada hari terakhir Dewan Negara bersidang pada September lalu sehingga mereka menjalani ujian saringan minggu lalu.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, pihaknya tidak tahu di mana kakitangan terbabit terdedah kepada jangkitan COVID dan siasatan masih dijalankan.

 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia