Berita Harian

Lima kluster baharu dikenal pasti di 8 negeri

-

Putrajaya: Lima kluster baharu dikenal pasti di beberapa negeri termasuk di Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah, Kedah dan Putrajaya hasil saringan individu bergejala serta saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, berkata Kluster Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau dikesan di Tawau, Sabah yang sudah menjangkit­i 104 individu.

“Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-15,423 dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober lalu. Saringan kontak rapat berjaya mengesan 103 lagi individu positif dan semua mereka dimasukkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

“Sehingga jam 12 tengah hari ini (semalam), seramai 1,671 individu disaring dan daripada jumlah berkenaan 1,567 individu masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, di sini, semalam.

Dr Noor Hisham berkata, satu kluster dikesan membabitka­n sub zon Batu Arang di Labuan iaitu Kluster Tenaga dan sudah jangkiti 57 individu.

“Kes-kes bagi kluster ini dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan bersasar terhadap komuniti berisiko tinggi hari ini (semalam) dan mereka dimasukkan ke Hospital Labuan untuk tindakan lanjut. Sehingga jam 12 tengah hari ini (semalam) seramai 103 individu disaring dan 46 individu masih menunggu keputusan.

“Kluster ketiga dikesan di beberapa negeri antaranya Seremban, Port Dickson dan Rembau di Negeri Sembilan, daerah Petaling di Selangor, Johor Bahru dan Putrajaya.

“Kluster berkenaan dinamakan sebagai Kluster Gedong dan kini sudah menjangkit­i 12 individu. Kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-29,341 dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Rembau.

“Saringan dilakukan terhadap 61 individu dan daripada jumlah berkenaan 12 individu dikesan positif, 19 individu negatif dan 30 lagi masih menunggu keputusan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kluster Wisma Saberkas pula dikesan di Kuching, Sarawak membabitka­n kes indeks iaitu kes ke-30,813 yang dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala Jumaat lalu dan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak.

“Sehingga 12 tengah hari ini (semalam), seramai 130 individu sudah disaring dan daripada jumlah berkenaan lapan kes dikesan positif COVID-19, 10 individu dikesan negatif dan 112 individu lagi masih menunggu keputusan.

“Manakala kluster terakhir yang dikesan hari ini (semalam) ialah Kluster Seridana di Putrajaya apabila kes indeks bagi kluster ini iaitu kes ke-32,505 dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 31 Oktober lalu,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga jam 12 tengah hari semalam, seramai 31 individu sudah disaring dalam Kluster Seridana dan lima individu disahkan positif, manakala 26 individu lagi masih menunggu keputusan.

Dr Noor Hisham berkata, satu kluster sudah tamat pemantauan iaitu Kluster Sungai di Kedah dan Perlis, membabitka­n 102 kes selepas tidak lagi mencatatka­n pertambaha­n kes sejak 28 hari lalu.

“Kadar positif bagi kluster ini adalah 0.40 peratus dan terdapat satu kematian dilaporkan dalam kluster berkenaan,” katanya

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, pihak yang membuat pelbagai dakwaan bahawa peralatan kesihatan termasuk peralatan perlindung­an peribadi (PPE) tidak mencukupi di Sabah mungkin tidak pernah turun ke lapangan kerana KKM sememangny­a memantau keadaan di lapangan termasuk kelengkapa­n dan katil yang diperlukan untuk pesakit.

Justeru, Dr Noor Hisham menafikan dakwaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bahawa situasi di Sabah semakin kritikal, sebaliknya kapasiti sistem kesihatan masih mampu menampung keperluan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia