Berita Harian

Geran khas segarkan Dhapor Pramugari

Tiga kru penerbanga­n bersyukur terima bantuan buka gerai makan

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kajang: Jika dulu kerjaya pramugari dan pramugara membolehka­n mereka ‘terbang’ ke serata dunia, namun semuanya itu tinggal kenangan berikutan pandemik COVID-19, dan natijahnya menyebabka­n semua yang terjejas perlu bermuhasab­ah dan bangun membina kendiri dan menerokai bidang baharu demi kelangsung­an hidup.

Ini berikutan sempadan antarabang­sa negara masih ditutup, memaksa Didi Nadhirah Abd Hamid, 29, dan suaminya, Mohd Rashidi Ramli, 33 bersama rakan seperjuang­an, Nabiel Haniff, 29 mencuba nasib berniaga dan mengusahak­an gerai makanan Dhapor Pramugari.

Mereka yang sebelum ini menjual makanan secara dalam talian bagaimanap­un beralih ke kedai fizikal kerana mahu menu berkonsepk­an laksa itu tidak bersifat sementara dan boleh dinikmati di gerai yang diusahakan dua bulan lalu di Bangi Square Food Court dekat Jalan Reko, Kajang.

Bagi Didi Nadhirah dan Mohd Rashidi atau lebih dikenali Chidie Gillo, mereka mahir menyediaka­n juadah tradisi negeri kelahiran iaitu laksa Johor, sementara Nabiel pula ‘pakar’ memasak laksa Sarawak yang menjadi juadah kegemarann­ya.

Didi Nadhirah berkata, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu memberikan­nya peluang untuk menajamkan kemahiran memasak dan membuahkan rezeki untuk mengusahak­an perniagaan makanan secara dalam talian.

“Biarpun bidang kerja dahulu dan sekarang jauh bezanya ia tetap berkait rapat iaitu melayani pelanggan makan, dengan kini perlu bertungkus lumus di dapur berbanding ketika bertugas sebagai kru kabin yang kebanyakan menunya dalam pesawat sudah disiapkan awal.

“Inilah cabaran hidup dan kami tidak boleh hanya tunggu dipanggil kembali bertugas tanpa berbuat apa-apa sedangkan banyak komitmen perlu dilunaskan. Alhamdulil­lah rezeki Allah luas dan tiada pengakhira­n dan kami mencabar kemampuan diri dengan mengusahak­an perniagaan makanan,” katanya.

Kecekalan tiga kru penerbanga­n itu mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyebut nama mereka ketika beliau menyampaik­an Perutusan Khas Kita Prihatin pada 23 September lalu.

Perdana Menteri mengumumka­n inisiatif dan bantuan khusus di bawah pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kitaprihat­in berjumlah RM10 bilion dalam usaha meringanka­n beban rakyat.

Kitaprihat­in merangkumi Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 berjumlah RM7 bilion, Program Subsidi Upah 2.0 (RM2.4 bilion) dan inisiatif Geran Khas PRIHATIN (GKP) sebanyak RM600 juta. yang menyasarka­n golongan B40, M40, pekerja dalam pelbagai bidang dan peniaga mikro.

Bagi mereka, bantuan itu sekali gus membuahkan harapan kepada mereka bertiga untuk memohon GKP 2.0 bagi mengembang­kan lagi jenama Dhapor Pramugari yang diusahakan itu.

Bagi Chidie Gillo, dia bersyukur menjadi antara jutaan rakyat yang menerima manfaat BPN selepas berjaya mengemukak­an rayuan berikutan situasi pekerjaan dihadapi mereka suami isteri.

Sebelum ini kami tidak mendapatka­n sebarang bantuan dan mungkin COVID-19 ini memberikan hikmah membolehka­n bantuan kerajaan sampai ke tangan kami.

Didi Nadhirah Abd Hamid,

Dhapor Pramugari

 ?? (Foto Halimaton Saadiah Sulaiman /BH) ?? Didi Nadhirah bersama Mohd Rashidi (kiri) dan Nabiel menunjukka­n menu Dhapor Pramugari ketika ditemui di Bangi, baru-baru ini.
(Foto Halimaton Saadiah Sulaiman /BH) Didi Nadhirah bersama Mohd Rashidi (kiri) dan Nabiel menunjukka­n menu Dhapor Pramugari ketika ditemui di Bangi, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia