Berita Harian

Subsidi upah bantu kelangsung­an peniaga burger

-

Kuala Lumpur: Berdepan pengalaman terpaksa menghentik­an perniagaan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memang perit untuk diterima.

Apatah lagi jika semua modal dikeluarka­n bagi memulakan perniagaan baharu, tetapi terpaksa ditutup kerana penularan wabak COVID-19.

Bagi Muhammad Fikri Mohd Rahani, 29, cabaran itu memberikan pengajaran yang bukan sedikit kerana dia masih perlu membayar gaji pekerja ketika beberapa perniagaan­nya terpaksa ditutup.

Pengusaha gerai burger, spa dan kedai gunting rambut di Sungai Buloh, Selangor itu antara usahawan yang menerima bantuan menerusi beberapa pakej bantuan diumumkan kerajaan sebelum ini termasuk Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan terkini beliau teruja untuk bantuan subsidi upah dan geran khas kepada pengusaha menerusi Kerangka Inisiatif Tambahan Khas: Kitaprihat­in.

“Dalam keadaan tidak tahu bagaimana untuk mengekalka­n perniagaan, membayar pekerja, saya terima bantuan Prihatin ini.

“Alhamdulil­lah, ia dapat menampung perbelanja­an yang terjejas akibat penutupan operasi perniagaan.

“Selain pelbagai bil, saya perlu membayar gaji pekerja seramai lapan orang. Bantuan ini memang meringanka­n beban,” katanya.

Seorang lagi penerima bantuan, Fatzuli Suratman, 47, berkata, bantuan diberikan kerajaan itu bermakna kerana dia baru bertukar bidang daripada makan gaji kepada perniagaan kecil-kecilan.

Katanya, sebagai peniaga makanan, beroperasi dalam norma baharu memang menguji ketahanan sebagai usahawan baharu.

“Sebulan beralih kepada berniaga sendiri, arahan PKP dikeluarka­n. Termenung juga memikirkan untuk meneruskan kehidupan, menyara tiga anak.

“Alhamdulil­lah dengan bantuan Prihatin, dapat saya gunakan menampung perbelanja­an,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? Muhammad Fikri bersyukur bantuan Prihatin dapat mengekalka­n perniagaan­nya.
Muhammad Fikri bersyukur bantuan Prihatin dapat mengekalka­n perniagaan­nya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia