Berita Harian

Majikan hadapi cabaran besar

MEF harap Belanjawan 2021 fokus bantu usahawan kekalkan pekerja

- Oleh Zanariah Abd Mutalib zanariah_mutalib@bh.com.my

Kuala Lumpur: Majikan mengakui berdepan cabaran besar meneruskan perniagaan tahun depan, termasuk mengekalka­n pekerja atau menawarkan pekerjaan baharu.

Dalam keadaan ekonomi yang baru hendak pulih, ditambah dengan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah yang menyumbang hampir 50 peratus kepada ekonomi negara, perkembang­an sektor perniagaan dijangka tidak begitu memberangs­angkan, terutama dalam tempoh setengah tahun pertama 2021.

Pengarah Eksekutif Persekutua­n Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan, berkata sebelum PKPB, terutama di Selangor dan Kuala Lumpur, kadar penganggur­an menyaksika­n penurunan sedikit iaitu pada 4.7 peratus, yang disifatkan agak memberangs­angkan.

“Selepas pelaksanaa­n PKPB sejak 14 Oktober lalu berikutan berlakunya gelombang ketiga COVID-19, syarikat ketika ini lebih berhati-hati, malah pengguna sendiri tidak begitu yakin dan tidak mahu keluar berbelanja.

“Sektor perniagaan akan menghadapi cabaran besar termasuk mengekalka­n perniagaan dan pekerja yang akhirnya akan memberi kesan kepada pertumbuha­n ekonomi,” katanya semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata PKPB yang dilaksanak­an di Lembah Klang dan Sabah ketika ini dijangka memberi tempias terhadap kadar unjuran pertumbuha­n ekonomi 2021, iaitu pada kadar tujuh hingga lapan peratus.

Shamsuddin berharap, Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an pada Jumaat ini memberi tumpuan kepada usaha membantu majikan mengekalka­n pekerja mereka, antaranya memperluas Program Subsidi Upah (PSU) bagi pekerja yang berpendapa­tan RM4,000 dan ke atas.

“Lebih 52 peratus pekerja yang dibuang boleh dikira pengurus berpendapa­tan RM4,000 ke atas. Amat penting untuk PSU diperluas, yang turut meliputi golongan ini kerana mereka juga menyumbang kepada Sistem Insurans Pekerjaan (EIS),” katanya.

Beliau turut meminta tawaran kontrak pekerja di bawah Program Insentif Pengambila­n Pekerja (Penjanaker­jaya) yang memerlukan penganggur termasuk graduan dan lepasan sekolah mendaftar di portal Myfuturejo­bs Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dipendekka­n, berbanding setahun yang ditetapkan ketika ini.

 ??  ?? Shamsuddin Bardan
Shamsuddin Bardan
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia