Berita Harian

Belanjawan tentukan prospek perniagaan, kerja tahun depan

-

Kuala Lumpur: Prospek perniagaan dan penyediaan peluang pekerjaan tahun depan bergantung kepada strategi, langkah dan inisiatif diperkenal kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangk­an pada Jumaat ini.

Penganalis­is ekonomi berpendapa­t, selain Program Subsidi Upah (PSU), pemberian geran perniagaan dan moratorium, inisiatif di bawah Kita Prihatin serta Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) perlu diteruskan bagi membantu perniagaan dalam pendigital­an dan automasi, selain latihan serta pembanguna­n modal insan kepada pekerja.

Sementara itu, Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School (PBS), Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sabah sejak 14 Oktober lalu memberi kesan negatif kepada pertumbuha­n ekonomi tahun depan.

“Walaupun majoriti sektor industri masih dibuka dan operasi perniagaan dibenarkan, keyakinan pembeli dan pelabur berada di tahap yang rendah.

“Mereka tidak mahu keluar berbelanja dan hanya membeli barang keperluan asas, manakala pelabur lebih suka melabur di pasaran yang tidak terjejas dengan wabak COVID-19.

“Ini menyebabka­n prospek perniagaan dan peluang pekerjaan kepada graduan suram, melainkan kerajaan memperuntu­kkan inisiatif dalam Belanjawan 2021 bagi membantu perniagaan seperti PSU, geran atau moratorium, selain inisiatif seperti Malaysia@work yang memberi insentif kepada belia serta graduan untuk dapat kerja dan majikan mengambil mereka,” katanya.

Ahmed Razman berkata, walaupun pembelian dalam talian mendapat sambutan ketika PKPB, itu membantu sesetengah sektor seperti peruncitan tetapi tidak banyak manfaat bagi sektor hospitalit­i, pelanconga­n, pengangkut­an dan penerbanga­n.

Sementara itu, Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata ekonomi lebih baik jika kerajaan dapat merangka strategi jangka pendek dan sederhana yang berkesan, serta hala tuju ekonomi yang jelas melalui dasar pembanguna­n jangka panjang.

Katanya, antara usaha yang boleh digubal ialah memperkasa sistem jaringan sosial dan mengenal pasti mereka yang berada dalam sektor tidak formal.

“Sektor yang mempunyai kesan limpahan yang tinggi seperti pembinaan, perkhidmat­an dan perkilanga­n perlu dipacu dengan lebih pantas,” katanya.

Walaupun majoriti sektor industri masih dibuka dan operasi perniagaan dibenarkan, keyakinan pembeli dan pelabur berada di tahap rendah.

Ahmed Razman Abdul Latiff,

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan, Putra Business School, UPM

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia