Berita Harian

Penutupan sekolah berpanjang­an beri kesan amat besar

Kesejahter­aan ekonomi, pendidikan pelajar terkesan akibat COVID-19

- Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@bh.com.my

Sesuatu gangguan pada persekolah­an kanak-kanak, walaupun singkat meninggalk­an impak negatif berpanjang­an terhadap pendidikan mereka.

Laporan UNESCO

Pendidikan secara maya

Kuala Lumpur: Penutupan sekolah akibat COVID-19 dijangka memberi impak pada pendidikan dan kesejahter­aan ekonomi pelajar yang terkesan, sepanjang hidup mereka.

Itu antara inti pati laporan penutupan sekolah akibat COVID-19 oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Bank Dunia, membabitka­n lebih 150 negara antara Mei hingga Oktober lalu.

Menurut laporan itu, berbanding krisis terdahulu COVID-19 meninggalk­an kesan teruk terhadap pendidikan kanak-kanak, terutama di negara miskin.

“Sesuatu gangguan pada persekolah­an kanak-kanak, walaupun singkat meninggalk­an impak negatif berpanjang­an terhadap pendidikan mereka.

“Satu kajian menganggar­kan, kesan kehilangan pendidikan global akibat penutupan sekolah selama empat bulan adalah bersamaan AS$10 trilion (RM41 trilion) dari segi kehilangan pendapatan.

“Penutupan sekolah berpanjang­an turut menyebabka­n pelajar dan negara bakal kehilangan jumlah besar sepanjang hidup mereka. Ini menggambar­kan betapa teruk kesan penutupan sekolah, malah menjelaska­n beberapa langkah diputuskan kerajaan dalam membentuk dasar untuk menebus semula hari persekolah­an yang hilang,” jelas laporan itu.

Laporan itu menyatakan, 108 negara kehilangan purata 50 hari pengajaran secara langsung kepada pelajar akibat penutupan sekolah, atau kira-kira satu perempat daripada tempoh persekolah­an dalam setahun.

Pada akhir September lalu, hampir separuh populasi pelajar global masih berdepan penutupan sekolah yang berlanjuta­n lebih enam minggu berturut-turut, manakala awal April, lebih 90 peratus pelajar seluruh dunia terkesan.

Selain hilang peluang belajar, penutupan sekolah akibat COVID-19 menjejaska­n taksiran pembelajar­an. Lebih separuh negara terbabit dalam laporan itu terpaksa menangguhk­an peperiksaa­n penting antara empat hingga 12 minggu dan ada yang terus membatalka­n peperiksaa­n.

Susulan penularan pandemik itu yang menjejaska­n kira-kira 1.5 bilion pelajar dan keluarga di seluruh dunia, kerajaan pelbagai negara memilih kaedah pembelajar­an jarak jauh untuk mengatasi cabaran itu dengan memperkuku­h sokongan pada guru serta menilai semula dasar pentaksira­n dan peperiksaa­n.

Antara kaedah bagi meneruskan pendidikan pelajar termasukla­h menerusi platform dalam talian, televisyen, radio dan pemberian bahan pendidikan untuk dibawa pulang ke rumah, namun menurut laporan badan dunia itu, keberkesan­annya berbeza antara negara berpendapa­tan tinggi, sederhana dan rendah.

Medium dalam talian dan televisyen adalah pilihan tertinggi dan ditawarkan di 90 peratus negara, disusuli bahan pengajaran di rumah (85 peratus) dan pendidikan menggunaka­n radio (61 peratus).

“Sebanyak 36 peratus menyatakan platform pendidikan dalam talian sangat berkesan, manakala 58 peratus menyifatka­nnya sebagai berkesan, khususnya dalam kalangan negara berpendapa­tan tinggi dan menengah tinggi, dengan hanya enam peratus menganggap­nya tidak berkesan, iaitu dalam kalangan negara berpendapa­tan menengah tinggi,” jelas laporan itu.

Namun, UNESCO dan Kesatuan Telekomuni­kasi Antarabang­sa (ITU) menganggar­kan setakat Mei lalu, 40 peratus pelajar yang terbabit dengan penutupan sekolah tidak meakses miliki internet, sememungki­nkan kali gus sepelajar jumlah besar keciciran jika sekolah terus ditutup.

Laporan berkenaan menyaranka­n, sebarang keputusan untuk mengambil kira pembelajar­an dalam talian sebagai hari persekolah­an rasmi perlu menimbang ketidaksam­aan akses pada teknologi dan tidak melebarkan jurang digital di seluruh dunia.

“Walaupun 53 peratus isi rumah seluruh dunia dihubungka­n dengan internet, jumlah pelajar yang tidak memiliki akses internet pula berbeza, antara 15 peratus di Eropah Barat dan Amerika Utara hingga setinggi 80 peratus di Afrika.

“Kebanyakan pelajar daripada golongan berpendapa­tan rendah atau tinggal di luar bandar adalah kumpulan utama terpinggir daripada pembelajar­an secara dalam talian ketika penutupan sekolah,” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, dua pertiga negara melaporkan pembelajar­an secara maya merangkumi semua mata pelajaran dan domain pembanguna­n, sama ada sekolah rendah atau menengah, namun beberapa negara memaklumka­n pengajaran subjek seperti sukan dan seni secara dalam talian adalah mencabar.

Laporan itu menyatakan, 73 peratus negara sudah mula membuka sekolah, sama ada secara sebahagian atau keseluruha­n, manakala lima peratus negara memaklumka­n tarikh untuk membuka sekolah.

“Lebih lapan daripada 10 negara mempromosi­kan kebersihan pernafasan dan menambah baik fasiliti mencuci tangan.

“Pemeriksaa­n suhu badan, pengasinga­n kendiri kakitangan dan pelajar serta pengesanan kontak bagi mereka yang terdedah pada jangkitan juga dilaksanak­an di lebih separuh negara, namun hanya 19 peratus negara merancang untuk membuat ujian COVID-19 pada peringkat sekolah,” katanya.

Perancanga­n pembukaan sekolah juga berbeza mengikut tahap pendapatan negara. Negara berpendapa­tan tinggi lebih cenderung membuka semula sekolah seperti dijadualka­n dan mengutamak­an pembukaan prasekolah, selain cenderung menggabung­kan kaedah pengajaran di sekolah serta secara jarak jauh.

Kebanyakan negara berpendapa­tan rendah pula mengutamak­an pembukaan sekolah bagi pelajar menengah atas. Negara berpendapa­tan menengah pula cenderung mengutamak­an kawasan tertentu, bergantung pada lokasi penularan jangkitan COVID-19.

Laporan itu menyimpulk­an tindak balas COVID-19 berkait pendidikan adalah berbeza mengikut tahap pendapatan sesebuah negara, dengan negara berpendapa­tan rendah dan menengah cenderung menutup sekolah lebih lama berbanding negara berpendapa­tan tinggi.

Badan dunia itu turut menyaranka­n, langkah membuka sekolah perlu mengutamak­an pemantauan pelajar yang tercicir bagi mengelak jumlah keciciran kanak-kanak dan remaja meningkat, selain kaedah baharu serta perubahan peranan pentaksira­n dalam pendidikan.

 ?? (Foto hiasan) ?? perlu memastikan kesaksamaa­n akses internet agar tiada pelajar tercicir.
(Foto hiasan) perlu memastikan kesaksamaa­n akses internet agar tiada pelajar tercicir.
 ?? (Foto hiasan) ?? Sesi pembelajar­an secara fizikal tidak dapat dilaksana bagi mengelak risiko penularan pandemik.
(Foto hiasan) Sesi pembelajar­an secara fizikal tidak dapat dilaksana bagi mengelak risiko penularan pandemik.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia