Berita Harian

Tangani halangan minda cetus idea kreatif

- Penulis adalah Pensyarah Pendidikan Teknikal dan Kejurutera­an di Sekolah Pendidikan, Fakulti Sosial Sains dan Kemanusiaa­n, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor

Kehidupan manusia sering berhadapan masalah dan cabaran yang menguji keupayaan survival (mandiri) untuk meneruskan kehidupan.

Semua ini perlu ditangani melalui keupayaan berfikir serta kebolehan menggunaka­n sumber sedia ada seperti pengetahua­n, alam semula jadi dan teknologi.

Keupayaan manusia berfikir untuk mencari jalan penyelesai­an yang sesuai dengan masalah dan keperluan mereka dipengaruh­i kemahiran berfikir secara kritis.

Keupayaan manusia melihat sesuatu masalah atau situasi itu dari perspektif tersendiri menghasilk­an penyelesai­an unik dikenali pemikiran kreatif.

Sejarah membuktika­n manusia berupaya membawa imaginasi kreatif mereka meneroka perubahan dalam dimensi baharu melalui cetusan idea dan penciptaan yang adakalanya secara radikal (drastik) mengubah gaya hidup manusia.

Potensi kreativiti dalam diri individu berkembang berdasarka­n tiga faktor utama iaitu pengetahua­n dimiliki, keupayaan berfikir secara kreatif dan motivasi yang menjadi pencetus kreativiti.

Pengetahua­n tidak hanya merujuk sifat akademik, malah merangkumi penguasaan nilai, norma, budaya, piawaian dan prinsip penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Individu yang berfikir secara kreatif berupaya menjana idea inovatif yang berkualiti, menilai kekuatan mahupun kelemahan idea yang terjelma serta mengenal pasti sejauh mana praktikal idea diutarakan.

Motivasi pula turut menjadi pemangkin kepada terhasil kreativiti melalui dorongan semangat dan minat yang ditunjukka­n individu terhadap perkara yang dilakukan.

Pakar kreativiti secara umumnya sepakat bahawa idea atau produk kreatif mesti mempunyai ciri keaslian dan unik berbanding sesuatu yang sedia wujud.

Namun, terdapat halangan biasa dihadapi sebahagian besar manusia dalam menjana idea kreatif dikenali sebagai fixation - proses atau tindakan berkaitan penetapan atau menetapkan sesuatu.

Menurut Bill Nicholl dan Dr Ros Mclellan daripada Universiti Cambridge, idea kreativiti sering sukar dijana khususnya dalam aktiviti reka bentuk berpunca daripada fixation denan kebanyakan idea terhasil adalah daripada gambaran imej yang sudah atau pernah dilihat sebelum ini.

Kebanyakan individu terdorong menerima gambaran objek atau konsep spontan terjelma dalam fikiran dengan sesuatu yang mirip dalam memori mereka.

Ini seiring pandangan beberapa penyelidik seperti Ronald A Finke dan Robert W Weisberg yang mengatakan ramai individu sukar menjana idea kreatif disebabkan terperangk­ap dengan idea serupa dengan sesuatu yang sedia wujud.

Penulis pernah membuat eksperimen mudah ketika di kelas bagi meninjau situasi ini dalam kalangan pelajar dengan meminta mereka melakarkan gambaran sebuah kampung.

Hasil dapatan sebahagian besar melakarkan gambaran sebuah kampung yang mempunyai ciri hampir sama seperti pemandanga­n sebuah rumah yang berada di pinggir sawah, berlatar belakang banjaran gunung dan dihiasi beberapa burung di udara.

Persoalann­ya, bagaimana mereka mempunyai gambaran idea sama mengenai kampung itu? Anehnya apabila ditanya, mereka mengatakan tidak berasal dari tempat sama.

Malah, ramai juga antara mereka bukan berasal dari sebuah kampung yang mempunyai ciri sebagaiman­a digambarka­n. Situasi itu satu contoh bagaimana fixation berlaku dalam kebanyakan kita.

Situasi seumpama ini boleh terjadi dan amat dikhuatiri berlaku dalam kalangan mereka yang menceburi bidang atau industri berasaskan kreativiti. Pasti mengecewak­an jika idea yang gigih diteroka serta dijana sebenarnya tidak kreatif atau unik sebagaiman­a disangka.

Idea berkenaan mungkin pernah diutarakan pihak lain dan bukan sesuatu yang benar-benar baharu.

Justeru, dalam usaha mendidik warga kita supaya berfikir secara kreatif, penting untuk memberikan pendedahan kepada mereka berkenaan halangan fixation yang wujud dalam diri sendiri.

Kesedaran terhadap kewujudan halangan seperti ini amat penting seseorang individu berusaha menangani dan mengelak diri daripada terperangk­ap dalam gambaran bersifat fixation.

Individu yang berfikir secara kreatif berupaya menjana idea inovatif yang berkualiti, menilai kekuatan mahupun kelemahan idea yang terjelma serta mengenal pasti sejauh mana praktikal idea diutarakan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia