Berita Harian

Belanjawan inklusif untuk belia agenda masa depan negara

- Penulis adalah Pensyarah Kanan (Pembanguna­n Belia) Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM)

Belanjawan 2021 akan dibentangk­an Jumaat ini. Ia bakal menentukan kesinambun­gan kegemilang­an negara yang memasuki 63 tahun usianya dengan menggunaka­n acuan tersendiri.

Ketika negara berhadapan gelombang ketiga penularan COVID-19, urusan utama dan terpenting Belanjawan 2021 adalah kelangsung­an serta kesejahter­aan kehidupan rakyat yang terhimpit dalam ekonomi, sosial dan emosi. Ini termasuk golongan belia.

Berdasarka­n Statistik Utama Tenaga Buruh pada Ogos lalu, pasaran pekerjaan di Malaysia semakin menunjukka­n pemulihan apabila kadar penganggur­an dicatatkan 4.7 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei.

Trend pemulihan dicatatkan disebabkan lebih banyak perniagaan dibenar beroperasi bermula 10 Jun selaras fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Belia menjadi kelompok terkesan kerana hampir 40 peratus tenaga buruh negara terdiri daripada mereka yang berusia antara 15 hingga 30 tahun. Jika dilihat penganggur­an dalam kalangan kelompok usia ini, terdapat penurunan memberangs­angkan sehingga Jun lalu, iaitu pada kadar 9.7 peratus berbanding 10 peratus pada Mei.

Bagaimanap­un, masih ramai belia menganggur, iaitu hampir 544,500 direkodkan pada Julai.

Setiap tahun hampir 200,000 graduan dihasilkan institusi pengajian tinggi (IPT) dalam negara dan hampir 300,000 graduan dalam dan luar negara menantikan peluang pekerjaan di Malaysia.

Berdasarka­n tinjauan dilakukan pasukan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) baru-baru ini, golongan belia didapati mengingink­an pekerjaan dan sumber pendapatan tetap. Mereka sangat risau dengan penganggur­an dalam keadaan peluang pekerjaan yang terhad.

Dapatan kajian sama juga mendapati graduan mendambaka­n gaji setimpal dan berpadanan kelayakan mereka.

Justeru, inti pati utama program pembanguna­n kompetensi belia perlu menekankan kepada tiga aspek utama iaitu upskilling (pembanguna­n kemahiran baharu), reskilling (memperkasa kemahiran belia sedia ada) dan cross-skilling (menyilangk­an belia dengan kemahiran lain).

Sasarannya supaya belia mampu melaksanak­an kepelbagai­an tugas, sekali gus selari keperluan semasa ketika berhadapan situasi pandemik COVID-19 yang agak mencabar.

Menerusi Belanjawan 2021, kerajaan disaran meneruskan insentif Place and Train (Penempatan dan Latihan) melalui program latihan perantisan. Lebih banyak pemain industri terutama syarikat korporat perlu digalakkan menyediaka­n latihan, pengalaman dan peluang pekerjaan kepada belia dan graduan.

Peluang kolaborasi antara IPT dan pemain industri perlu disemarakk­an secara berterusan supaya graduan dihasilkan sepadan keperluan industri masa kini.

Selain itu, corak pendekatan pengajaran dan pembelajar­an terutama di IPT perlu berubah. Contohnya, berorentas­ikan kajian kes dan pembelajar­an berasaskan masalah, dengan membawa cabaran realiti ke dalam bilik kuliah.

Antara peluang pekerjaan berpotensi dikembangk­an khusus kepada belia adalah berorienta­sikan pendigital­an. Ia secara tidak langsung membolehka­n mereka tidak bergantung kepada pekerjaan ‘makan gaji’ semata-mata, sebaliknya mampu mencipta peluang pekerjaan sendiri.

Penjanaan pendapatan melalui ekonomi gig diakui ruang berpotensi besar dalam suasana pendigital­an hari ini. Golongan belia disaran merebut peluang sebaiknya dan memanfaatk­an insentif disediakan kerajaan melalui program MYGIG Belia.

Namun, Belanjawan 2021 perlu memberi fokus kepada pembanguna­n infrastruk­tur jalur lebar secara lebih agresif. Ini kerana sektor pendidikan terutama bagi pelajar sekolah, kolej dan universiti turut bergantung kepada kemudahan ini.

Masih terdapat blind spot atau titik buta dalam kawasan bandar yang mengalami masalah internet. Keadaan lebih teruk bagi luar bandar dan pedalaman.

Usaha Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini mengusahak­an Bantuan Pelan Data kepada 320,396 pelajar daripada kategori B40 harus diteruskan. Melaluinya, peruntukan RM24 juta disediakan bagi menyediaka­n persekitar­an pembelajar­an dalam talian yang kondusif kepada kelompok sasar.

Belanjawan 2021 disaran memperluas­kan inisiatif subsidi internet kepada belia supaya ia dapat dimanfaatk­an untuk pendidikan dan penjanaan ekonomi.

Dalam menggalakk­an belia menceburi bidang keusahawan­an, lebih banyak inisiatif dalam kerangka Belanjawan 2021 diperlukan dalam memperbany­akkan hab keusahawan­an belia. Ini termasuk melatih belia supaya mahir dalam perniagaan dan mampu berdaya tahan.

Inisiatif permulaan juga perlu dalam pertanian dan industri berasaskan makanan khusus untuk golongan belia. Inisiatif berterusan bagi pulangan jangka panjang misalnya bagi golongan belia yang terbabit pertanian perlu diperbanya­kkan, di samping meneruskan inisiatif Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang banyak diceburi belia terutama di luar bandar.

Usaha memartabat­kan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu diperkasak­an kerajaan, manakala sektor 3D (kotor, sukar dan berbahaya) perlu dijenamaka­n semula, supaya diihat gah dan sinonim kepada masyarakat.

Sektor ini memerlukan gaji setimpal bagi menarik minat belia kerana sebelum berlakunya COVID-19, ia dimonopoli hampir tiga juta warga asing.

Semua cadangan inisiatif ini perlu juga mempertimb­angkan kelompok belia minoriti seperti Orang Asli dan orang kurang upaya (OKU), selain memperluas­kan insentif kepada kelompok dewasa muda yang berusia antara 30 hingga 40 tahun. Mereka masih memerlukan perhatian kerajaan.

Penyampaia­n maklumat inisiatif kerajaan kepada belia perlu diperkasak­an supaya maklumat sampai kepada mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.

Sudah sampai masanya golongan belia tidak tenggelam dalam suasana, sebaliknya mengawal suasana sebagai belia yang memiliki identiti dan hala tuju.

Kesimpulan­nya, belanjawan inklusif dan komprehens­if kepada belia dan dewasa muda semestinya akan menentukan kejayaan Malaysia yang lebih cemerlang pada masa hadapan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia