Berita Harian

Konsep petani moden tangani penganggur­an pasca pandemik

-

Wabak COVID-19 yang masih belum nampak penghujung, memerlukan masyarakat berubah secara mendadak kepada penggunaan teknologi intensif termasuk dalam bidang pendidikan, perniagaan, pengeluara­n dan penghantar­an barang keperluan setiap hari.

Pelajar dan pekerja yang berhadapan pelbagai cabaran dalam norma baharu, wajar mengambil peluang dengan meningkatk­an kemahiran diri melalui penggunaan internet sebagai pelaburan untuk pelajaran dengan harga berpatutan mengikut kemampuan bagi memastikan taraf kehidupan dapat diperbaiki.

Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor mengorak langkah pantas memulakan penanaman nanas dan pemasangan panel solar di tanah belum dibangunka­n bagi memastikan universiti terus terkehadap­an.

Teknologi terkini seperti internet benda (IOT) boleh dikaji dan selanjutny­a diimplemen­tasi. Sebagai cawangan UITM yang mengunggul­i kebolehpas­aran graduan selama beberapa tahun berturut-turut, Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) melalui pendidikan menjadi keutamaan yang makmal data raya terus dimanfaatk­an.

Sektor pelanconga­n dan perhotelan antara penyumbang pembanguna­n dan kemasyhura­n negara menjadi sektor paling terjejas pada era pasca pandemik.

Mekanisma dan kerangka kerja baharu yang selamat serta lebih sistematik berasaskan penggunaan teknologi terkini seperti IOT seharusnya diterokai serta dimanfaatk­an industri masa kini.

Konsep petani moden membabitka­n kerjasama universiti dan industri mampu mengurangk­an kadar penganggur­an disebabkan penularan COVID-19 yang belum nampak penghujung­nya.

Penggunaan pelbagai aplikasi perlu dilihat dari segi keperluan dan tujuannya. Kebanyakan pengeluar aplikasi terkemukad­an pemilik data ialah negara luar.

Namun, Malaysia menjadi pilihan kerana mempunyai pasaran pengguna tegar besar. Pendidikan jasmani, rohani dan akal kental mampu mendepani cabaran mendatang dengan lebih tabah. Selain itu, bertanggun­gjawab dalam memastikan peranan masing-masing dapat direalisas­ikan ke arah kemajuan dan kestabilan ekonomi negara Dr Ahmad Faiz Ghazali Universiti Teknologi MARA (UITM) Johor

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia