Berita Harian

Jangan tolak ansur Rasulullah dihina

-

Awal bulan ini, guru sejarah, Samuel Paty dipenggal kepala selepas menunjukka­n kartun menghina Nabi Muhammad SAW terbitan majalah satira Charlie Hebdo kepada kelasnya.

Remaja warga Chechnya yang didakwa membunuhny­a, Abdullakh Anzorov, 18 tahun, juga ditembak mati polis selepas itu. Kini enam lagi ditahan atas tuduhan berkait akta keganasan dengan dua daripadany­a di bawah umur.

Sempena kematianny­a, Paty diberikan Legion d’honneur, iaitu anugerah tertinggi Perancis dan majlis kematianny­a dihadiri Presiden Emmanuel Macron.

Isu timbul apabila Macron menggunaka­n kematian Paty untuk menghina Islam dengan memanggil Islam sebagai agama mengalami krisis di seluruh dunia. Macron memperakui semula kartun Charlie Hebdo itu dengan menyatakan: “Republik ini tidak akan sekali-kali menyerahka­n kartunnya.”

Sebelum itu, Charlie Hebdo menyiarkan semula kartun kontrovers­i menghina Nabi Muhammad SAW yang pernah diterbitka­n pada 2015. Alasan mereka, ia sempena perbicaraa­n terhadap pengganas berkait peristiwa 2015 bermula.

Karikatur terbitan Charlie Hebdo bersifat provokatif, sekali gus memang boleh menimbulka­n kemarahan.

Perancis ialah negara sekular yang sering mengangkat kebebasan bersuara, namun membantahn­ya apabila berasa menjadi ‘mangsa.’ Banyak kajian menyatakan golongan mudanya semakin tidak bersetuju identiti negara membenarka­n kebebasan suara tanpa had. Dasar itu sejak akhir-akhir ini sering menimbulka­n pergolakan dalam masyarakat yang mula berpolaris­asi.

Ucapan retorik dan populis Macron pula sering melabel Islam dengan label ekstremis, namun dasar negaranya bersikap bermusuhan terhadap Islam.

Perancis melarang pemakaian burqa secara menyeluruh pada 2004 termasuk menghalang kanak-kanak perempuan ke sekolah memakai tudung.

Alasan Macron, beliau ingin memastikan wanita memakai tudung dalam keadaan ‘tidak dipaksa melakukann­ya.’

Malah, Macron menuduh wanita memakai tudung di tempat awam sebagai mengasingk­an diri dan enggan berasimila­si dengan budaya sekular Perancis. Ia tuduhan tidak berasas sama sekali.

Seperti kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-bakri dalam suratnya dan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein dalam kenyataann­ya sebelum ini, sebagai umat Islam kita menolak sama sekali tindakan keganasan yang membawa kepada penganiaya­an dan kehilangan nyawa.

Namun, kita tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk penghinaan kepada Nabi Muhammad SAW yang dicintai dan kita menentang sepenuhnya sebarang fitnah kepada agama Islam.

Minggu ini, seruan #boycottfre­nchproduct­s mula tersebar di media sosial. Umat Islam diseru memboikot produk Perancis bukan kerana mahu membalas dendam, sebaliknya atas dasar kecintaan kepada Nabi SAW dan kebencian kepada dasar ‘kebebasan memilih bulu’ Macron.

Akibatnya, bursa saham Paris mulai merudum dan kerajaan Perancis mula mengeluark­an kenyataan mengecam kempen itu, meskipun Macron memulakann­ya dahulu.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan turut mengulangi seruan pemboikota­n, sekali gus menyemarak­kan lagi kempen di serata dunia. Pemboikota­n ekonomi dan ancaman COVID-19 yang belum reda di Eropah boleh melumpuhka­n ekonomi Perancis. Dr Siti Nurhayati Adznan

Wanita ISMA, Cawangan Alor Gajah

 ??  ?? Tindakan Macron mendapat kecaman seluruh umat Islam.
Tindakan Macron mendapat kecaman seluruh umat Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia