Berita Harian

Isu miskin bandar perlu penyelesai­an jangka panjang

-

Kemiskinan bandar sebenarnya isu lama yang tidak berkesudah­an. Kebanyakan golongan miskin dalam kalangan warga kota hanya mempunyai purata pendapatan isi rumah RM2,500. Dengan jumlah pendapatan itu dan menetap di tengah bandar raya seperti Kuala Lumpur, sudah tentu sukar untuk mereka menguruska­n kos sara hidup tinggi.

Statistik daripada Pangkalan Data Kemiskinan Negara e-kasih pada Oktober 2019 yang memetik Yayasan Wilayah Persekutua­n, Kuala Lumpur mempunyai jumlah golongan miskin paling ramai dengan jumlah miskin tegar 1,185 dan 2,932 keluarga miskin.

Jumlah itu dijangka akan terus meningkat memandangk­an kos sara hidup semakin tinggi dan impak negatif terhadap ekonomi disebabkan pandemik COVID-19. Masalah ini turut menghantui golongan yang menjalanka­n perniagaan sendiri seperti perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Di Setiawangs­a misalnya, kebanyakan warga kota miskin atau termiskin tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR). Isi rumah bagi golongan ini membabitka­n ahli keluarga nukleus, anak, ditambah pula dengan kehadiran ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, anak saudara serta cucu, menyebabka­n tanggungan mereka semakin besar.

Kebanyakan mereka memang memerlukan bantuan untuk perbelanja­an harian. Ada antara mereka yang menghidap penyakit tertentu, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan mereka memang terbeban dengan situasi ini.

Sering kita melihat golongan miskin bandar dibantu oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Penggerak Komuniti Negara. Apabila ditemui NGO, kita mendengar keluhan mereka, seperti kesukaran memohon bantuan malah tidak dipedulika­n wakil rakyat kawasan atau pemimpin setempat.

Apabila bantuan dipohon, mereka tidak diberitahu status permohonan yang dihantar dan ini menyukarka­n mereka untuk menerima bantuan.

Kita akui Kerajaan Persekutua­n melancarka­n beberapa inisiatif bantuan terutama sejak COVID-19 ini, bertujuan untuk meringanka­n beban rakyat seperti Bantuan Prihatin Nasional dan moratorium ke atas pinjaman bank.

Bagaimanap­un, bantuan berbentuk

one-off tidak mampu menjadi jalan keluar kepada isu miskin bandar ini kerana mereka memerlukan penyelesai­an untuk jangka masa panjang. Untuk usaha ini, Ahli Parlimen dan pemimpin kawasan perlu bergerak aktif dan tidak hanya menunggu di pejabat sahaja.

Program berbentuk kemahiran juga harus diterapkan agar mereka berupaya mendapat pendapatan bagi membantu diri dan keluarga mereka.

Latihan seperti teknik penjualan dalam talian dan menjadi ejen dropship harus diberikan kepada mereka. Ini dapat mengurangk­an bebanan kos sara hidup serta meningkatk­an pendapatan isu rumah.

Kerjasama erat antara semua pihak terutama pemimpin setempat dan penduduk perlu ditingkatk­an lagi. Hanya dengan bekerjasam­a dan semua pihak memainkan peranan aktif, kita akan dapat membantu golongan miskin bandar daripada terus terseksa dengan keadaan ekonomi ketika ini. Ainie Haziqah Wanita Muda Negara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia