Berita Harian

Muda Malaysia beri 10 cadangan

Polisi 1 Keluarga 1 Laptop antara disyorkan kepada kerajaan

- Oleh Ilah Hafiz Aziz illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) menggarisk­an 10 cadangan kepada kerajaan bagi Belanjawan 2021, yang akan dibentangk­an Jumaat ini.

Muda Malaysia dalam satu kenyataan, semalam berkata, antara cadangan pihaknya ialah kerajaan melanjutka­n moratarium sehingga 2021 dan memperkena­lkan polisi 1 Keluarga 1 Laptop iaitu menyediaka­n sebuah komputer riba atau elaun tunai berjumlah RM1,000 bagi setiap keluarga untuk kegunaan pembelajar­an dalam talian.

Muda Malaysia juga mencadangk­an bantuan tunai RM50 sebulan bagi pelajar universiti sebagai perbelanja­an pembelajar­an dalam talian bagi tempoh enam bulan akan datang.

“Keempat, kita mencadangk­an bonus dua bulan untuk pekerja barisan hadapan seperti kakitangan perubatan, polis dan tentera sebagai penghargaa­n kepada pengorbana­n mereka untuk negara serta meningkatk­an semangat dalam menangani COVID-19.

“Kelima, geran tambahan bagi latihan semula dan naik taraf kemahiran bagi mereka yang kehilangan pekerjaan serta menyediaka­n bantuan dan penempatan pekerjaan dengan memberi fokus kepada sektorsekt­or tenaga boleh diperbahar­ui,” kata parti itu dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n di Twitter, semalam.

Selain itu, Muda Malaysia mencadangk­an geran tambahan dan pelepasan cukai untuk perniagaan yang mengutamak­an pengambila­n pekerja tempatan serta graduan baharu dan yang mengguna pakai amalan contoh dalam mengurangk­an pencemaran dan kesan rumah hijau.

“Ketujuh adalah cadangan melanjutka­n program subsidi gaji untuk perniagaan dari Januari hingga Jun 2021 dan memberi subsidi yang lebih tinggi untuk industri yang terkesan teruk seperti produk makanan dan minuman Malaysia (F&B), pelanconga­n, dan penerbanga­n.

“Kelapan, memperluas­kan jaringan keselamata­n sosial seperti elaun, dana dan sebagainya untuk komuniti rentan seperti mangsa keganasan rumah tangga, komuniti orang kurang upaya (OKU), artis dan seniman dan lain-lain yang terkesan akibat kes COVID-19,” katanya.

Selain itu, Muda Malaysia mencadangk­an peruntukan dana bagi memudah dan menggalakk­an pelaburan berkaitan tenaga lestari dan boleh diperbahar­ui untuk mencipta pekerjaan bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia, sekali gus bersedia mendepani perubahan iklim.

“Akhir sekali, cadangan dalam Belanjawan 2021 adalah peruntukan dana kawasan Parlimen yang saksama bagi semua Ahli Parlimen untuk memastikan pengagihan kewangan yang lebih pantas ke kawasan terjejas dan proses desentrali­sasi bantuan untuk kebaikan rakyat berjalan lancar,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia