Berita Harian

Beri bantuan sara hidup kepada rakyat terjejas

-

Kuala Lumpur: Kerajaan dicadang memberi bantuan sara hidup bulanan RM250 hingga RM300 selama enam bulan kepada rakyat yang memerlukan, menerusi pembentang­an Belanjawan 2021, Jumaat ini.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in, berkata bantuan itu disifatkan penting bagi menyelamat­kan rakyat, khususnya golongan B40 yang terkesan akibat COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya mendapat banyak keluhan daripada rakyat khususnya di ibu kota supaya suara mereka yang amat memerlukan bantuan diberi perhatian oleh kerajaan.

“Saya berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an di Parlimen nanti adalah belanjawan yang menyelamat­kan rakyat dan ekonomi negara.

“Saya mendengar keluhan rakyat, ada yang mahu pinjam duit daripada ‘along’, tidak bayar sewa rumah, diberhenti­kan kerja, malah ada yang terpaksa ikat perut untuk kelangsung­an hidup sepanjang pandemik ini.

“Justeru, ini adalah masa rakyat amat perlukan bantuan daripada kerajaan, tiada siapa boleh menafikann­ya,” katanya menerusi kenyataan, di sini, semalam.

Muhamad Muqharabbi­n berkata, kerajaan juga diminta mempertimb­angkan semula cadangan pengeluara­n wang daripada akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, bagi pelajar di institusi pengajian tinggi pula, mereka boleh dibantu dengan diberikan pengecuali­an yuran.

Katanya, begitu juga dengan peniaga kecil, mereka perlu dibantu dengan pemberian dana RM3,000 untuk perniagaan baharu

Saya berharap Belanjawan 2021 yang akan dibentang di Parlimen nanti adalah belanjawan yang menyelamat­kan rakyat dan ekonomi negara.

Muhamad Muqharabbi­n Mokhtarrud­in,

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

menerusi Belanjawan 2021.

“Penurunan sewa bulanan bagi pengusaha yang menyewa ruang di gedung atau pasar raya, selain memberikan lesen sementara bagi peniaga di jalanan untuk tempoh enam bulan ini.

“Saya mengharapk­an supaya kerajaan benar-benar prihatin kepada rakyat dan jauhkan birokrasi ketika mereka tersepit. Kita tidak mahu sampai rakyat turun ke jalanan seperti yang berlaku di negara jiran dengan mencetuska­n huru-hara kerana marah terhadap kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Johor mencadangk­an pengeluara­n caruman Akaun 1 KWSP secara bersyarat dengan hanya RM2,000 maksimum dikeluarka­n sebulan, selama lima bulan.

Ketuanya, Mohd Hairi Mad Shah, berkata syarat pengeluara­n itu juga perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada golongan yang benar-benar terjejas dan memerlukan.

“Dengan cara ini, duit berkenaan dapat dibelanjak­an rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangk­an beban rakyat kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan COVID-19 yang masih belum berakhir,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mohd Hairi berkata, saranan pengeluara­n Akaun 1 KWSP bersyarat itu dibuat bagi memulihkan kitaran ekonomi masyarakat yang terjejas dan terhimpit.

“Kuasa beli rakyat akhirnya dapat ditingkatk­an sekali gus baik untuk kitaran ekonomi negara juga,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Mohd Hairi berharap Belanjawan 2021 secara lebih bersasar dilaksanak­an terutama bagi membantu rakyat terkesan.

“Kita dapat lihat bagaimana pelbagai bantuan sokongan seperti dahulunya dikenali Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), sekarang ditukar namanya kepada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Sara Hidup (BSH) dapat membantu menggerakk­an ekonomi negara dan ia perlu diteruskan secara lebih bersasar.

“Selain itu, tumpuan Belanjawan 2021 tentunya boleh dipertingk­atkan dari aspek penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) vaksin COVID-19 dan peruntukan bagi membantu golongan terkesan khususnya petugas barisan hadapan,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kerajaan dicadang beri bantuan sara hidup bulanan RM250 hingga RM300 selama enam bulan.
(Foto hiasan) Kerajaan dicadang beri bantuan sara hidup bulanan RM250 hingga RM300 selama enam bulan.
 ??  ??
 ??  ?? Mohd Hairi Mad Shah
Mohd Hairi Mad Shah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia