Berita Harian

Reman Addy Kana, dua polis ikut POCA kekal

Mahkamah Tinggi tolak permohonan semak semula penahanan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menolak permohonan ‘habeas corpus’ yang dikemukaka­n ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ bersama dua anggota polis berhubung penahanan mereka mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.

Sehubungan itu, ketiga-ketiga kekal dalam tahanan reman selama 38 hari bermula 30 Oktober lalu hingga 6 Disember ini.

Pesuruhjay­a Kehakiman, Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas mendengar permohonan Peguam Kanan Persekutua­n, Muhammad Sinti dan peguam ketiga-tiga pemohon.

Pada prosiding itu, peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram, Gobind Singh Deo, Shah Rizal Abdul Manan dan Jacky Loi bertindak mewakili Zaidi Kanapiah atau lebih dikenali sebagai ‘Addy Kana’, Koperal Mohd Hairy Mohammad dan Koperal Muhammad Amin

Nur Rashid Mohamed Puad.

Mahkamah Majistret pada 14 Oktober lalu, membenarka­n penahanan reman terhadap ketiga-tiga lelaki itu yang berusia 34 hingga 39 tahun ditahan mengikut POCA selama 21 hari.

Reman 21 hari itu sepatutnya berakhir hari ini. Bagaimanap­un, pada 30 Oktober lalu, Majistret M Mageswary melanjutka­n tempoh tahanan reman 38 hari sehingga 6 Disember ini.

Terdahulu, Sri Ram berhujah perintah reman 14 Oktober lalu oleh Mahkamah Majistret yang membenarka­n penahanan pemohon selama 21 hari sehingga 3 Oktober ini mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297) adalah tidak sah, tidak berasas, tidak mematuhi prosedur dan bersifat mala fide (berniat jahat).

“Perintah penangkapa­n dan penahanan adalah di luar ruang lingkup atau skop Akta Pencegahan Jenayah 1959 ini tidak terpakai kepada pemohon,” katanya.

Sementara itu, Muhammad Sinti yang mewakili responden, iaitu Pegawai Penyiasat Asisten Superinten­dan Khairul Rairoz Rodzuan, Mahkamah Majistret, Ketua Polis Negara dan kerajaan berhujah semua keperluan prosedur untuk tahanan mengikut POCA sudah dipatuhi pegawai penyiasat.

Pada 19 Oktober lalu, ketiga-tiga pemohon memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi di sini, berhubung penahanan mereka mengikut POCA.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh ?? Loi (dua dari kiri) dan Gobind Singh (kanan) bersama isteri Addy Kana dikenali sebagai Datin Alyaa Syuhaila (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh Loi (dua dari kiri) dan Gobind Singh (kanan) bersama isteri Addy Kana dikenali sebagai Datin Alyaa Syuhaila (tengah) keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia