Berita Harian

PETRONAS komited beri akses pendidikan berkualiti

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Syarikat global yang tertumpu dalam sektor tenaga dan penyelesai­an Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS), sentiasa memberi tumpuan dan usaha dalam memberi akses kepada pendidikan berkualiti bagi semua lapisan masyarakat di bawah tanggungja­wab sosial korporat syarikat itu.

PETRONAS percaya melalui pelaburan modal insan yang konsisten, dapat melahirkan lebih ramai bakat serba boleh dan mahir, seterusnya akan menyumbang dalam meningkatk­an taraf hidup dan menjana ekonomi rakyat bagi membangunk­an kelestaria­n industri dan negara.

Antara inisiatif PETRONAS sejak 1975 ialah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP), di mana pelajar lepasan SPM berkelayak­an berpeluang melanjutka­n pengajian dalam pelbagai bidang berkaitan industri tenaga serta minyak dan gas.

Selain itu PETRONAS sejak 2015 turut menyumbang kepada usaha kerajaan negeri Terengganu bagi memperkasa­kan penguasaan bahasa Inggeris pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Penerima PESP tahun ini, penuntut jurusan Asasi Kejurutera­an Kimia, Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Aina Syamimi

Zulkifli, 18, berkata peluang mengikuti program Trenglish ketika menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Kuala Terengganu banyak membawa perubahan positif terutama komunikasi dalam bahasa Inggeris.

“Sebelum mengikuti Trenglish, penguasaan bahasa Inggeris saya agak lemah, ditambah dengan persekitar­an sekolah yang kurang mempraktik­kan komunikasi dalam bahasa itu.

“Bagaimanap­un, pada 2016, saya mula menyertai kelab Bahasa Inggeris yang dikendalik­an fasilitato­r Trenglish yang memberikan galakan supaya kerap berinterak­si untuk memperting­katkan kemahiran berbahasa,” katanya ketika dihubungi BH, baru-baru ini.

Katanya, program Trenglish turut mengubah personalit­i dirinya yang agak pemalu dan kurang yakin terhadap keupayaan diri.

“Selepas mengikuti pelbagai program Trenglish, termasuk Mega Trenglish Camp, saya mula memberanik­an diri menyertai pelbagai pertanding­an, antaranya pengucapan awam dalam bahasa Inggeris dan pernah merangkul Naib Johan dalam pertanding­an mewakili sekolah,” katanya.

Satu lagi Program Pendidikan PETRONAS pada peringkat sekolah menengah ialah Program BUDI PETRONAS, iaitu inisiatif bersama PETRONAS dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sejak 2015.

Program ini membantu lebih 600 pelajar dalam kalangan keluarga kurang berkemampu­an menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MARA) di Sabah dan Sarawak.

Penerima PESP 2020, iaitu penuntut jurusan Perakaunan di Kolej Matrikulas­i Selangor, Wesley Balang anak Kelley, 18, menzahirka­n kesyukuran dan berasa bertuah apabila terpilih mengikuti program BUDI-PETRONAS sejak berada di Tingkatan Dua.

“Tajaan pengajian dari PETRONAS membantu meringanka­n beban keluarga, memandangk­an ayah saya bekerja sebagai peniaga, perlu menampung pengajian saya dan dua lagi adik masih bersekolah.”

Katanya, melalui program BUDI

PETRONAS, beliau turut didedahkan aspek kepemimpin­an secara praktikal bagi memaksimum­kan potensi diri.

“Melalui aktiviti Program BUDI-PETRONAS, saya mendapat pelbagai ilmu mengenai kemahiran kerja secara berpasukan dan dilatih menjadi pemimpin.

“Saya mula ada keyakinan untuk memimpin dan ketika di MRSM Kuching, saya sendiri memohon untuk memegang jawatan dalam badan wakil pelajar dan dipilih sebagai ketua biro sukan,” katanya.

Kedua-dua pelajar ini antara 370 penerima PESP 2020, penglibata­n mereka dalam program pendidikan PETRONAS ketika di sekolah menengah secara tidak langsung, membantu persediaan mereka menghadapi proses pemilihan PESP.

Sejak 2018, hampir 100 daripada penerima PESP mendapat manfaat daripada program pendidikan PETRONAS yang merangkumi pelbagai inisiatif pendidikan, bermula peringkat sekolah menengah lagi, terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

Sehingga kini, PETRONAS memberikan tajaan pendidikan kepada 37,000 pelajar yang layak dengan kemampuan akademik, berkepemim­pinan tinggi, dan aktif dalam aktiviti kokurikulu­m, dengan jumlah pelaburan melebihi RM 3.3 bilion sejak 1975.

Program Trenglish turut mengubah personalit­i saya yang agak pemalu dan kurang yakin terhadap keupayaan diri.

Aina Syamimi Zulkifli, Penerima PESP

Melalui aktiviti program BUDI-PETRONAS, saya dapat pelbagai ilmu mengenai kemahiran kerja berpasukan dan dilatih menjadi pemimpin.

Wesley Balang anak Kelley, Penerima PESP

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia