Berita Harian

Sungai Belatop keruh, kotor sejak 20 tahun

Penduduk dakwa pencemaran akibat kebun sayur dekat sumber air

- Oleh Ramli Ibrahim bhnews@bh.com.my

Air Sungai Belatop yang kotor

Gua Musang: “Kami sudah jemu bercakap mengenai pencemaran sungai kerana sehingga sekarang tidak ada tindakan,” kata penduduk Orang Asli di Pos Brooke, Mahmod Alang, 42.

Dia mendakwa, keadaan air Sungai Belatop yang keruh, berselut dan kotor sudah berlarutan hampir 20 tahun, dipercayai kesan pembukaan kebun sayur di kawasan sekitar sumber air itu.

Katanya, sungai utama berkenaan yang mengalir melalui lebih 10 kampung Orang Asli di situ, asalnya bersih dan menjadi sumber utama penduduk setempat untuk mendapatka­n bekalan air bersih.

Bagaimanap­un, Mahmod mendakwa, selepas kegiatan pembukaan hutan untuk diusahakan sebagai kebun sayur semakin meluas, keadaan Sungai Belatop semakin tidak terkawal dan airnya mula tercemar.

“Sejak itu, kami yang tinggal di sini terpaksa mencari sumber air bersih menerusi sistem tadahan air bukit, itupun kerap berlaku kerosakan kerana kawasan tadahan turut diceroboh pengusaha kebun.

“Kami terpaksa mencari lokasi baharu untuk dibuat tandak (takungan air bukit),” katanya ketika ditemui.

Mahmod berkata, hujan yang kerap ketika musim tengkujuh memburukka­n lagi keadaan apabila ia menyebabka­n air sungai itu berselut hingga air langsung tidak boleh digunakan.

“Jika air sungai itu digunakan untuk mandi, ia menyebabka­n badan menjadi gatal kerana dipercayai air yang mengalir dari bukit menempatka­n kebun mengandung­i racun dan sisa baja,” katanya.

Sementara itu, Penghulu Pos Brooke, Riang Bujang, berkata hampir semua kawasan sepanjang Sungai Belatop, dari Lojing hingga Pos Brooke sudah diteroka untuk diusahakan sebagai ladang sayur.

Katanya, keadaan itu menyebabka­n hakisan tanah dan air dari bukit yang turut membawa selut tebal mengalir ke dalam sungai terbabit.

“Masalah ini bukan baharu. Sudah jenuh disuarakan kepada jabatan, pemimpin tempatan dan negeri tetapi keadaan masih begitu. Apabila kita kuat bercakap pasal masalah ini, ada pula pihak tertentu termasuk pekebun sayur tidak berpuas hati,” katanya.

Riang menegaskan, masalah itu tidak mampu diatasi penduduk kecuali dengan campur tangan pihak berkuasa mengarahka­n pekebun sayur membina sistem saliran yang sempurna untuk pengaliran air bukit.

 ?? (Foto Ramli Ibrahim/bh) ?? 20 tahun lalu. dan berselut menjejaska­n kehidupan Orang Asli di Pos Brooke dan Lojing hampir
(Foto Ramli Ibrahim/bh) 20 tahun lalu. dan berselut menjejaska­n kehidupan Orang Asli di Pos Brooke dan Lojing hampir
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia