Berita Harian

Pertumbuha­n ekonomi Selangor dijangka 2 peratus

Pelaksanaa­n perintah kawalan akibat COVID-19 punca sektor ekonomi terjejas

- Oleh Norzamira Che Noh bhnews@bh.com.my

Shah Alam: Unjuran pertumbuha­n ekonomi Selangor pada tahun ini dijangka pada kadar dua peratus, kesan daripada penularan COVID-19.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, berkata pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) menyebabka­n banyak sektor ekonomi terjejas sekali gus menjejaska­n unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Unjuran pertumbuha­n ekonomi Selangor dibuat dalam tiga senario. Pertama, jika jangkaan KDNK nasional positif 0.5 peratus, kadar pertumbuha­n negeri adalah 2.09 peratus.

“Kedua, jika unjuran nasional pada paras negatif 0.5 peratus, kadar pertumbuha­n Selangor adalah 1.07 peratus. Senario paling buruk ialah jika jangkaan nasional paras negatif tiga peratus, jangkaan negeri pula paras negatif 1.47 peratus,” katanya.

Amirudin berkata demikian ketika menjawab soalan Elizabeth Wong (Ph-bukit Lanjan) berhubung unjuran pertumbuha­n ekonomi KDNK Selangor pada Sidang

Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Beliau berkata, pelaksanaa­n PKP dan PKPB turut menjejaska­n sektor pembuatan dan perkhidmat­an yang menjadi penyumbang terbesar pertumbuha­n ekonomi negeri.

Dalam pada itu, menjawab soalan Leong Tuck Chee (Ph-pandamaran) berhubung pendapatan Selangor pada tahun ini, Amirudin berkata kerajaan negeri mencapai 90 peratus sasaran pendapatan sehingga 26 Oktober.

“Kita menyasarka­n pendapatan RM2.2 bilion pada 2020 dan kita berjaya capai sekitar RM1.99 bilion setakat ini.

“Pendapatan Kerajaan Negeri pada 2017 pula adalah RM1.8 bilion, 2018 (RM1.99 bilion) dan 2019 (2.32 bilion),” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia