Berita Harian

Pengusaha pelanconga­n Tasik Kenyir rugi RM1J

Tempahan bot, penginapan dibatalkan berikutan gelombang ketiga COVID-19

- Oleh Baharom Bakar bhnews@bh.com.my

Kerajaan Terengganu berusaha

Kuala Terengganu: Pengusaha pelanconga­n di Tasik Kenyir, Kuala Berang, di sini, kerugian lebih RM1 juta, apabila tempahan rumah bot dan bot laju dibatalkan berikutan gelombang ketiga penularan COVID-19, sejak awal bulan lalu.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Ariffin Deraman, berkata kerajaan negeri akan merangka inisiatif dan menyusun strategi dalam usaha membantu industri pelanconga­n yang terjejas.

“Saya difahamkan, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah ada menyalurka­n bantuan kewangan bagi meringanka­n bebanan terpaksa ditanggung pengusaha pelanconga­n termasuk kepada pengusaha rumah bot, bot laju dan peniaga yang terjejas.

“Kerajaan negeri mengakui bantuan bagi meringanka­n beban mereka belum disalurkan, tetapi promosi pelbagai produk yang terdapat di tasik buatan manusia itu tetap diteruskan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Alor Limbat berkata demikian mengulas keresahan 75 pengusaha pelanconga­n di tasik buatan manusia itu berdepan kerugian lebih RM1 juta susulan pembatalan tempahan rumah bot dan bot laju di saat akhir, sepanjang bulan ini.

Beliau berkata, isu kemerosota­n kedatangan pelancong ke negeri ini bukan hanya membabitka­n pengusaha pelancong di Tasik Kenyir, tetapi turut menjejaska­n sektor pelanconga­n lain termasuk perhotelan.

Katanya, antara Julai hingga September lalu, Tasik Kenyir dikunjungi 33,192 pelancong.

Kerajaan negeri akan merangka inisiatif dan menyusun strategi bantu industri pelanconga­n terjejas.

Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat

 ??  ?? membantu industri pelanconga­n yang terjejas akibat gelombang ketiga COVID-19.
membantu industri pelanconga­n yang terjejas akibat gelombang ketiga COVID-19.
 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia