Berita Harian

PROLINTAS guna sistem pintar S3 pantau lebuh raya

-

Kuala Lumpur: Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) kini menggunaka­n sistem pemantauan lebuh raya berteraska­n teknologi pintar PROLINTAS Smart Surveillan­ce System (S3) dalam pengurusan operasi semua lebuh raya seliaannya, bermula 19 Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan­nya syarikat konsesi pertama di Malaysia menggunaka­n teknologi sedemikian yang membabitka­n Lebuhraya Bertingkat Ampang-kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning-shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Kajang SILK (SILK).

Katanya, S3 bertujuan meningkatk­an tahap kecekapan operasi lebuh raya merangkumi aspek pemantauan, pengesanan kerosakan, kemalangan, objek asing, kawasan air bertakung dan kehadiran haiwan liar.

“Ini sebahagian daripada keupayaan sistem ini, selain penstriman video, notifikasi dan pelaporan pada masa nyata.

“Teras utama S3 adalah penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pembelajar­an mesin dikenali AISYA (sistem analisis AI) yang berperanan memproses imej dan pengecaman, pengkelasa­n, analisis data dan laporan digital seterusnya memberikan notifikasi kepada petugas melalui aplikasi mudah alih serta web,” katanya dalam kenyataann­ya di sini, semalam.

Mohammad Azlan berkata, sejak penggunaan­nya, S3 mengesan sebanyak 1,303 kes pada bulan pertama dan 440 bulan berikutnya, dengan lebih 50 peratus kes kerosakan permukaan serta aset lebuh raya sudah dibaik pulih menerusi notifikasi masa nyata S3.

Selain itu, beliau berkata, PROLINTAS melancarka­n sistem aplikasi pengurusan operasi lebuh raya dikenali sebagai PROLINTAS Integrated Maintenanc­e Escalation­s (PRIME) yang dibangunka­n menggunaka­n platform Microsoft Kaizala & Flow.

“Pembanguna­n PRIME membantu proses penjanaan modul automasi bagi penjaduala­n kerja penyelengg­araan dan pendigital­an yang mana borang manual akan digantikan dengan kad tindakan menerusi platform Microsoft Kaizala,” katanya.

 ??  ?? PROLINTAS syarikat pertama di Malaysia yang menggunaka­n sistem pemantauan lebuh raya berteraska­n teknologi pintar dikenali S3.
PROLINTAS syarikat pertama di Malaysia yang menggunaka­n sistem pemantauan lebuh raya berteraska­n teknologi pintar dikenali S3.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia