Berita Harian

Gadis Orang Asli terpedaya jerat cinta warga asing

Wanita tempatan berkahwin pekerja kebun sayur sekitar Lojing jadi mangsa gantung tak bertali

- Oleh Ramli Ibrahim bhnews@bh.com.my

Gua Musang: Pernikahan ekspres tanpa dipersetuj­ui ibu bapa bagi gadis Orang Asli dengan lelaki warga asing di sekitar Lojing, dekat sini sudah menjadi perkara biasa sejak lebih 10 tahun lalu.

Malah, kebanyakan ibu bapa dalam kalangan Orang Asli mendakwa bahawa anak gadis mereka bercinta dan berkahwin dengan golongan itu tanpa pengetahua­n mereka, namun akhirnya pasti akan pulang ke pangkuan keluarga.

Katanya, sebilangan gadis berkenaan berkahwin selepas bertemu dengan pekerja asing terbabit ketika bekerja di kebun sayur dan tidak mengambil masa lama berkenalan sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga.

Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop, Andol Busu Jamin, berkata setakat ini lebih 100 gadis Orang Asli di kampung itu sudah berkahwin dengan lelaki warga asing dan keadaan itu sukar disekat.

Katanya, ada gadis Orang Asli dibawa balik lelaki asing pulang ke negara mereka seperti ke Lombok, Indonesia selepas bernikah.

“Kahwin dengan lelaki Lombok dan di bawa balik ke sana. Selepas lima bulan kembali semula ke kampung ini dan dibiarkan gantung tak bertali, manakala lelaki warga Indonesia itu pulang semula ke negaranya. Pada asalnya wanita Orang Asli ini dijanjikan untuk terus tinggal bersama di negara ini.

“Begitu juga bagi mereka yang memilih untuk berkahwin dengan warganegar­a Bangladesh dan Pakistan. Perkahwina­n itu tanpa pengetahua­n ibu bapa dan mereka bernikah secara sembunyi,” katanya ketika ditemui di sini.

Justeru, perkahwina­n dengan warganegar­a asing akan menimbulka­n pelbagai masalah lain seperti ditinggalk­an atau digantung tidak bertali dan pasanganny­a menghilang­kan diri.

Wanita Orang Asli yang menjadi mangsa gantung tidak bertali, Alawiah Sulong, 35, berkata, beliau yang berkahwin dengan warganegar­a Indonesia berhadapan masalah.

Katanya, percintaan­nya dengan lelaki Lombok, Indonesia tidak lama, selepas berjumpa ketika sama-sama bekerja di kebun sayur di kampung berkenaan.

“Saya dijanjikan dengan pelbagai kesenangan apabila berumah tangga. Jadi saya percaya dan tanpa merujuk kepada ibu bapa terus bersetuju untuk berkahwin.

“Tetapi akhirnya perkahwina­n ini tak kekal. Mungkin jodoh saya tidak panjang apabila dia tinggalkan saya gantung tidak bertali selepas pulang ke negara asalnya,” katanya

Bagi seorang ibu Orang Asli, Leha Jali, 47, berkata anak perempuann­ya yang berusia 17 tahun juga pernah berkahwin dengan lelaki asing, tahun lalu.

Katanya, anak gadisnya hilang semalaman dibawa lari lelaki warga Indonesia tetapi dihantar balik keesokan hari selepas mengetahui dicari penduduk.

Beliau berkata, bermula dari situ, anak gadisnya diawasi setiap hari dan menghalang lelaki warga asing terbabit berkeliara­n di kawasan kampung berkenaan.

“Saya juga mempunyai tiga anak gadis dan rasa bimbang jika berlaku suntikan cinta dengan lelaki warga asing hidung belang,” katanya.

Ada gadis Orang Asli dibawa balik lelaki asing pulang ke negara mereka seperti ke Lombok, Indonesia selepas bernikah. Selepas lima bulan kembali semula ke kampung ini dan dibiarkan gantung tak bertali.

Andol Busu Jamin, Penghulu Orang Asli Kampung Sendrop

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia