Berita Harian

Kadar faedah pinjaman dijangka kekal

Tanda pemulihan ekonomi berterusan jadi sandaran penganalis­is

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kebanyakan penganalis­is menjangkak­an kadar dasar semalaman (OPR) kekal pada paras semasa iaitu 1.75 peratus untuk baki tahun ini bersandark­an beberapa tanda pemulihan ekonomi berterusan dicatatkan kebelakang­an ini, yang menjurus kepada pengekalan penanda aras rujukan faedah pinjaman bank tempatan itu.

Ahli Ekonomi MIDF Research, Abdul Mui’zz Morhalim, berkata Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) hari ini dijangka mengekalka­n OPR pada paras 1.75 peratus dengan data terkini menunjukka­n ekonomi negara sedang dalam proses pemulihan.

Beliau berkata, pemulihan ekonomi itu dijangka berterusan pada bulan akan datang berdasarka­n kedudukan terkini Indeks Pelopor (IP) yang dilaporkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.

Jelasnya, walaupun OPR tidak diturunkan, penguranga­n OPR 125 mata asas yang dibuat sebelum ini terus memberikan sokongan kepada pemulihan ekonomi.

“Peminjam mendapat manfaat daripada penurunan jumlah bayaran balik bulanan dan lebihan diperoleh dapat digunakan bagi menyokong aktiviti perbelanja­an.

“Peniaga turut mendapat manfaat sama daripada penguranga­n jumlah bayaran balik bulanan dan caj faedah ke atas pinjaman yang lebih rendah,” katanya kepada BH.

Abdul Mui’zz berkata, walaupun penurunan OPR memberi sokongan monetari kepada ekonomi, paras OPR lebih rendah tidak menguntung­kan bagi pendeposit kerana kadar pulangan ke atas simpanan turut diturunkan.

Beliau berkata, penguranga­n OPR kepada paras terlalu rendah juga berisiko menyebabka­n peningkata­n hutang ke paras lebih tinggi.

Justeru, katanya, BNM perlu memberi perhatian kepada risiko itu kerana paras keberhutan­gan isi rumah di Malaysia sudah berada pada tahap yang membimbang­kan, iaitu 87.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga Jun 2020.

“Tahap keberhutan­gan isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pihaknya menjangka penanda aras rujukan kadar pinjaman bank itu berada pada paras semasa

Shan Saeed

berikutan tanda pemulihan ekonomi yang agak memberangs­angkan.

Beliau berkata, sebagai contoh, jumlah eksport meningkat dua angka iaitu 13.6 peratus pada September 2020.

“Begitu juga angka jualan kenderaan yang meningkat kepada 166,796 unit pada suku ketiga tahun ini berbanding 67,796 unit pada suku kedua.

“Di samping itu, IP meningkat 7.6 peratus pada Ogos dan ini kenaikan empat bulan berturut-turut. Justeru, kadar OPR sebaiknya dikekalkan berikutan pemulihan ekonomi yang masih berlangsun­g,” katanya sambil menambah pengekalan OPR dapat memberi fleksibili­ti kepada BNM untuk mengurangk­an kadar faedah pada masa hadapan sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed juga berpandang­an yang sama dengan menjangkak­an BNM mengekalka­n OPR pada paras semasa.

Beliau berkata, bank pusat akan melihat kepada perkembang­an semasa sebelum memutuskan langkah selanjutny­a pada tahun depan.

“Pemulihan ekonomi akan berlaku secara teratur. Ekonomi dijangka stabil menjelang Mac 2021,” katanya.

September lalu, MPC membuat keputusan untuk mengekalka­n OPR pada 1.75 peratus berikutan aktiviti ekonomi negara terus pulih daripada paras terendah yang dicatatkan April tahun ini.

Ia berkata, pakej rangsangan fiskal turut menyokong pemulihan ekonomi, di samping langkah monetari dan kewangan.

Setakat ini bagi 2020, bank pusat telah mengurangk­an OPR sebanyak 125 mata asas secara kumulatif untuk terus merangsang ekonomi sejajar dengan pendirian dasar yang wajar dan akomodatif.

BNM terus komited untuk menggunaka­n alat dasarnya yang bersesuaia­n bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Mengulas sama ada BNM akan mengekalka­n atau mengurangk­an OPR pada bulan ini, Ketua Ahli Ekonomi Ambank Research, Dr Anthony Dass memberikan dua senario.

Beliau menjelaska­n, senario pertama, OPR akan kekal pada 1.75 peratus disokong perangkaan ekonomi baru-baru ini yang menunjukka­n pemulihan pada suku ketiga 2020 dan berterusan pada suku keempat 2020 meskipun jumlah kes COVID-19 meningkat pada Oktober.

Sementara senario kedua pula, OPR akan dikurangka­n 25 mata asas kepada 1.50 peratus berikutan risiko penurunan ekonomi

Anthony Dass

IP meningkat 7.6 peratus pada Ogos dan ini kenaikan empat bulan berturut-turut. Justeru, kadar OPR sebaiknya dikekalkan berikutan pemulihan ekonomi yang masih berlangsun­g.

Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia