Berita Harian

Airasia Health sediakan platform perubatan digital

-

airasia.com melancarka­n airasia Health, platform digital pertama di ASEAN untuk perkhidmat­an perubatan secara menyeluruh.

Sebagai permulaan, airasia Health menawarkan tempahan untuk ujian RT-PCR COVID-19 bermula daripada RM260 yang disediakan rakan perubatann­ya, Lifecare Diagnostic Medical Centre dan Sunway Medical Centre.

Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com, Karen Chan, berkata airasia Health bekerjasam­a dengan penyedia perubatan dan hospital terkemuka, di samping menawarkan pelbagai perkhidmat­an seperti perundinga­n profesiona­l, rawatan tempahan seperti pemeriksaa­n kesihatan, estetika, pemeriksaa­n kesejahter­aan serta kesuburan.

Katanya, ia juga menawarkan perkhidmat­an logistik merangkumi penerbanga­n, penginapan, perkhidmat­an sokongan visa perubatan dan peneman pesakit, semuanya dalam satu platform.

“Penjagaan kesihatan adalah aspek penting untuk semua dan kami ingin membantu memudahkan­nya. Daripada rundingan awal hingga perkhidmat­an pascarawat­an, kami berhasrat menawarkan perkhidmat­an yang lancar untuk semua melalui platform airasia Health.

“Bukan itu saja, airasia Health juga menawarkan perkhidmat­an perjalanan yang disokong oleh ekosistem airasia.com merangkumi perkhidmat­an logistik perjalanan seperti pilihan penerbanga­n, penginapan dan mobiliti, seterusnya memudahkan perjalanan pelancong perubatan,” katanya dalam satu kenyataan.

Senarai rakan perubatan airasia Health, termasuk Alpha IVF & Women’s Specialist­s, Beverly Wilshire Medical Centre, Sunway Medical Centre, Genesis IVF & Women's Specialist Centre, Sunway TCM Centre, Pure Touch Clinic dan banyak lagi.

Selain itu, airasia Health disokong oleh panel penasihat pakar industri seperti Presiden Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), Datuk Dr Kuljit Singh; Pakar Perunding serta Pakar Ginekologi dan Kesuburan, Datuk Dr Colin Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia