Berita Harian

Hartalega banteras skim penipuan sarung tangan

-

Hartalega Holdings Bhd (Hartalega) mengambil pendirian tegas dalam usaha membantera­s kes pengendali skim penipuan jualan sarung tangan yang semakin berleluasa pada masa ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kuan Mun Leong, berkata, Hartalega menyatakan kebimbanga­n berhubung tingkah laku penipu sarung tangan yang disifatkan semakin keterlalua­n.

“Disebabkan oleh penularan COVID-19, permintaan untuk sarung tangan mencatatka­n peningkata­n yang ketara. Mengambil kesempatan ke atas keadaan ini, ramai penipu dengan berani mengumpan bakal pembeli dengan membuat dakwaan palsu.

“Dakwaan mereka berkisar tentang bekalan stok dan peruntukan sedia ada sarung tangan nitril dan lateks jenama Gloveon yang menjadi jenama milik Hartalega.

“Skim penipuan termasuk membuat dakwaan bahawa mereka menjadi peruntuk stok untuk Hartalega dan meminta bayaran didepositk­an ke dalam akaun eskrow atau akaun pihak ketiga dan menggunaka­n media sosial untuk menarik pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Mun Leong berkata, Hartalega menasihatk­an pembeli untuk sentiasa berhati-hati, selain semua tempahan perlu disalurkan terus kepada Hartalega dan hanya e-mel yang dihantar dari domain @hartalega.com.my adalah sah.

“Kami tidak mengelolak­an sebarang perniagaan menerusi media sosial dan tidak mengambil bayaran menerusi media sosial.

“Kami mengeluark­an sarung tangan mengikut pesanan dan memandangk­an terdapat kekurangan bekalan sarung tangan buat masa ini, tiada lebihan stok atau kapasiti.

“Tambahan lagi, produk Gloveon yang dibeli di Malaysia adalah untuk kegunaan Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan eksport. Kami berurusan terus dengan wakil penjual yang disenaraik­an di laman web kami di https://gloveonglo­bal.com/mys/distributo­rs/ dan tidak melantik broker atau penjual semula untuk eksport semula,” katanya.

Beliau menjelaska­n, Hartalega juga sudah mengambil tindakan terhadap penipuan sarung tangan dan membuat beberapa laporan polis dalam tempoh beberapa bulan lalu.

 ??  ?? Kuan Mun Leong
Kuan Mun Leong

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia