Berita Harian

Pasaran ditutup rendah sedikit

FBM KLCI susut 0.43 mata kepada paras 1,466.46

-

Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit semalam, selepas peningkata­n pada lewat dagangan hanya mampu menampan penyusutan awal, disokong oleh aktiviti belian saham wajaran tinggi yang didahului oleh kaunter perladanga­n, penjagaan kesihatan dan kewangan.

Ketika ditutup, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.43 mata atau 0.03 peratus kepada 1,466.46 selepas dibuka 1.42 mata lebih rendah kepada 1,465.47.

Kaunter rugi mengatasi untung iaitu 688 berbanding 365, manakala 401 kaunter lain tidak berubah, 636 tidak diniagakan dan 20 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat sedikit kepada 5.94 bilion saham bernilai RM3.29 bilion daripada 5.90 bilion saham bernilai RM3.90 bilion pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata antara 30 saham di FBM KLCI, Sime Darby muncul kaunter paling untung dengan kenaikan 2.90 peratus hari ini, manakala Dialog Group mendahului kaunter paling rugi dengan susut 2.7 peratus.

Mengikut sektor, indeks pengangkut­an dan logistik bursa menokok 5.36 peratus, sekali gus menjadikan­nya paling untung dalam kalangan sektor berikutan berita pembekuan pemberian lesen baharu perkhidmat­an kurier selama dua tahun.

Indeks tenaga pula paling rugi berikutan sikap pelabur yang berhati-hati menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) yang boleh memberi impak terhadap dasar membabitka­n pengeluara­n minyak negara itu.

Pada peringkat tempatan, seorang penganalis­is berkata, pasaran kekal berhati-hati dengan semua pihak menumpukan keputusan sama ada Jawatankua­sa Dasar Monetari yang bermesyuar­at hari ini, akan bertindak mengurangk­an lagi Kadar Dasar

Semalaman (OPR) selain faktor Belanjawan 2021 yang akan dibentangk­an Jumaat ini.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI) bagi Pembuatan Malaysia IHS Markit - petunjuk angka tunggal komposit bagi prestasi pembuatan, susut bagi bulan keempat berturut-turut kepada 48.5 daripada 49.0 pada September.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank menokok satu sen kepada RM7.01, Tenaga naik enam sen kepada RM9.60, Petronas Chemicals meningkat 11 sen kepada RM5.96 dan IHH Healthcare menambah sembilan sen kepada RM5.06.

Top Glove sebaliknya susut 18 sen kepada RM8.39, manakala Hartalega dan Public Bank masing-masing jatuh 16 sen kepada RM17.84 dan RM14.92.

Di papan indeks menyaksika­n

Indeks FBM Emas susut 51.55 mata kepada 10,562.03, Indeks FBMT 100 turun 49.05 mata pada 10,383.58 dan Indeks Syariah FBM Emas merosot 55.70 mata kepada 12,685.98.

FBM 70 pula merosot 244.30 mata kepada 13,740.79 dan Indeks Perkhidmat­an Kewangan turun 51.19 mata kepada 11,958.20 namun Indeks Perladanga­n naik 28.60 mata kepada 6,830.50.

Dalam pada itu, indeks produk dan perkhidmat­an industri menokok 0.51 mata kepada 141.65.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama merosot kepada 3.02 bilion saham bernilai RM2.58 bilion daripada 5.90 bilion saham bernilai RM3.90 bilion pada Jumaat lalu.

Jumlah waran meningkat kepada 913.27 juta unit bernilai RM184.83 juta daripada 724.08 juta unit bernilai RM158.25 juta, sebelum ini.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan meningkat kepada 2.01 bilion saham bernilai RM520.76 juta berbanding 1.80 bilion saham bernilai RM560.49 juta, sebelumnya.

Selain itu, produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang 629.49 juta saham didagangka­n di Pasaran Utama, manakala produk dan perkhidmat­an industri (618.10 juta), pembinaan (126.32 juta), teknologi (232.13 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (40.46 juta), hartanah (232.76 juta), perladanga­n (39.84 juta), REIT (5.92 juta), dana tertutup (9,500), tenaga (146.00 juta), penjagaan kesihatan (98.45 juta), telekomuni­kasi dan media (50.59 juta), pengangkut­an dan logistik (739.65 juta) serta utiliti (55.28 juta). BERNAMA

FBM KLCI

 ?? (Foto hiasan) ?? susut 0.03 peratus, semalam.
(Foto hiasan) susut 0.03 peratus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia