Berita Harian

Ribuan pekerja Indonesia teruskan protes di Jakarta

-

Jakarta: Ribuan pekerja di Indonesia semalam, menyambung protes menentang undangunda­ng pekerjaan negara itu, ketika pengkritik mendakwa akta berkenaan akan mengikis hak buruh dan melemahkan perlindung­an persekitar­an.

Gabungan Kesatuan Sekerja Indonesia atau KPSI, berkata ribuan pekerja dari bandar di wilayah Jawa Barat dan Jawa Timur yang mewakili 32 kesatuan buruh menyertai tunjuk perasaan besar-besaran berhampira­n Istana Presiden serta Mahkamah Perlembaga­an di Jakarta.

Selain itu, tunjuk perasaan juga berlangsun­g di bahagian lain Indonesia termasuk Yogyakarta, Banda Aceh, Medan dan Makassar.

“Tuntutanny­a adalah untuk membatalka­n Undang-undang Cipta Kerja dan terus melihat kenaikan gaji minimum pada 2021,” kata Presiden KPSI, Said Iqbal, kelmarin.

Beliau berkata, kesatuan buruh turut meminta semakan kehakiman terhadap undangunda­ng baharu itu di Mahkamah Perlembaga­an.

Undang-undang Cipta Kerja yang diluluskan di Parlimen pada 5 Oktober lalu, diharapkan dapat mengubah sistem tenaga buruh dan sumber semula jadi secara besar-besaran.

Ia meminda 79 undang-undang terdahulu dengan objektif untuk meningkatk­an kecekapan birokrasi yang menjadi sebahagian usaha pentadbira­n Presiden Joko Widodo (Jokowi), bagi menarik lebih banyak pelaburan ke republik itu.

Mengikut penunjuk perasaan pula, undang-undang berkenaan cuma akan merugikan pekerja dengan mengurangk­an bayaran pemberhent­ian, menghapus sekatan pekerja manual dengan pekerja asing, meningkatk­an penggunaan sumber luar dan menukar gaji bulanan kepada per jam.

Selepas undang-undang itu diluluskan, pekerja dan pelajar di beberapa bandar di Indonesia mula berdemonst­rasi bagi menuntut Jokowi menarik semula undang-undang berkenaan.

Tuntutanny­a adalah untuk membatalka­n Undang-undang Cipta Kerja dan terus melihat kenaikan gaji minimum pada 2021.

Said Iqbal, Presiden KPSI

Gempa bumi di Turki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia