Berita Harian

Kanak-kanak 3 tahun diselamatk­an selepas 65 jam

Angka korban meningkat 83 orang, 940 cedera

-

Izmir: Seorang kanak-kanak perempuan tiga tahun yang cedera berjaya diselamatk­an semalam, beberapa hari selepas gempa berkekuata­n 6.6 skala Richter melanda pantai Aegean Turki, lapor Agensi Anadolu.

Elif Perincek dikeluarka­n daripada serpihan runtuhan, hampir 65 jam selepas gempa menggegar daerah Bayrakli di wilayah barat Izmir.

Elif, mangsa ke-106 yang diselamatk­an daripada kawasan runtuhan dan dikejarkan ke hospital.

Dalam ciapan di Twitter, Ketua Lembaga Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) Turki, Mehmet Gulluoglu, meluahkan rasa gembira kerana dapat menyelamat­kan kanak-kanak terbabit.

Kira-kira 23 jam selepas gempa itu, ibu Elif, Seher Dereli Perincek dan adik-beradik kembarnya yang berusia 10 tahun, Ezel dan Elzem Perincek serta saudara lelakinya, Umut Perincek, 7, ditarik keluar daripada runtuhan.

Bagaimanap­un, Umut meninggal dunia, manakala ibu dan dua adik-beradiknya masih dirawat.

Turki adalah antara zon seismik paling aktif di dunia kerana terletak di beberapa garisan aktif dan pernah mengalami gempa bumi dahsyat sebelum ini.

Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari mangsa terselamat dalam runtuhan lapan bangunan, ketika korban gempa bumi kuat yang menggegark­an barat Turki kini meningkat kepada 83 orang.

Pihak berkuasa kecemasan Turki, AFAD, berkata seramai 940 mangsa cedera dalam kejadian gempa bumi dengan kekuatan 7.0 magnitud itu yang melanda berdekatan Seferihisa­r di wilayah Izmir, Jumaat lalu.

Lebih 200 mangsa dimasukkan ke hospital, kata pihak berkuasa terbabit.

Hampir 6,000 anggota penyelamat bertungkus lumus siang dan malam menjalanka­n operasi menyelamat sejak Jumaat lalu termasuk mengalihka­n bongkah konkrit dengan menggunaka­n jentera.

Dari semasa ke semasa, kerja menyelamat dihentikan seketika dengan semua orang senyap untuk mendengar sebarang bunyi petunjuk daripada mangsa terselamat di bawah timbunan runtuhan.

Datuk Bandar Bayrakli, Serdar Sandal, berkata pihak perbandara­n akan terus bekerja keras untuk memberi sokongan kepada penduduk dan memenuhi keperluan mereka susulan bencana alam itu.

Beribu-ribu khemah didirikan di taman berhampira­n dan kawasan rekreasi di Bayrakli serta Bornova yang terletak berdekatan, selain di sebuah stadium bola sepak lama.

Ia berikutan pihak berkuasa memberikan amaran supaya penduduk tidak pulang ke kediaman masing-masing atas faktor keselamata­n.

 ?? (Foto EPA) ?? Elif Perincek dikeluarka­n daripada serpihan runtuhan hampir 65 jam selepas gempa menggegar daerah Bayrakli di wilayah barat Izmir.
(Foto EPA) Elif Perincek dikeluarka­n daripada serpihan runtuhan hampir 65 jam selepas gempa menggegar daerah Bayrakli di wilayah barat Izmir.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia