Berita Harian

Perintah berkurung cetus kemarahan, kegusaran di Eropah

-

Penduduk Madrid

Madrid: Kemarahan dan kegusaran orang ramai terus meningkat susulan langkah negara Eropah melaksanak­an perintah berkurung serta sekatan baharu bagi membendung lonjakan penularan COVID-19.

Kerajaan di Eropah kini terdesak untuk mengekang lonjakan jangkitan yang membimbang­kan di benua itu yang sudah mencatatka­n lebih 279,000 kematian akibat wabak terbabit.

Di Sepanyol, orang ramai mengadakan bantahan di jalanan yang menyaksika­n rusuhan dan vandalisme tercetus di beberapa bandar.

Sepanyol juga menguatkua­sakan perintah berkurung waktu malam, selain hampir semua wilayah menutup sempadan untuk menghalang perjalanan jarak jauh.

Polis berkata, penunjuk perasaan di beberapa bandar Sepanyol bertempur dengan pasukan keselamata­n untuk malam kedua, kelmarin.

Dalam pada itu, England bersiap sedia menguatkua­sakan arahan perintah berkurung yang baharu seperti di Austria, Perancis dan Ireland.

Namun, ramai menyuaraka­n kebimbanga­n berhubung kesan terhadap ekonomi akibat pelaksanaa­n perintah berkurung selama empat minggu itu yang dijadualka­n bermula Khamis ini.

Orang ramai tetap gusar walaupun perintah berkurung kali ini tidak seketat pelaksanaa­n terdahulu, dengan sekolah dan universiti dibenarkan terus beroperasi seperti di Perancis.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Waktu Malam, Michael Kill, yang memberi penekanan terhadap sektor hiburan serta hospitalit­i, berkata penutupan baharu itu bakal menyebabka­n perniagaan menghadapi krisis kewangan yang teruk.

Laporan media berkata, kerajaan Itali yang menyaksika­n tunjuk perasaan pada minggu lalu, dijangka mengumumka­n sekatan baharu.

Sekatan itu dijangka meliputi larangan perjalanan antara wilayah, penutupan pusat beli-belah pada hujung minggu, mengehadka­n aktiviti komersial dan pelaksanaa­n perintah berkurung lebih awal pada waktu malam.

“Lengkuk epidemiolo­gi itu masih sangat tinggi dan menakutkan. Oleh itu, ia sama ada kita melandaika­nnya atau berdepan masalah,” kata Menteri Kesihatan, Roberto Speranza, yang menggesa perintah berkurung dilaksanak­an di seluruh negara berkenaan, kepada akhbar Corriere della Sera.

Sekatan turut mencetuska­n kegusaran di Argentina termasuk rusuhan dalam beberapa penjara di wilayah Buenos Aires, di mana banduan menuntut pembukaan semula kunjungan oleh pelawat. AFP

 ?? (Foto AFP) (Foto EPA) ?? mengadakan bantahan jalanan dan rusuhan di Sepanyol.
(Foto AFP) (Foto EPA) mengadakan bantahan jalanan dan rusuhan di Sepanyol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia