Berita Harian

Biden kutuk penyokong Trump serang bas kempen

FBI sahkan sedang siasat insiden berlaku di lebuh raya di Texas

-

Washington: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Demokrat, Joe Biden, kelmarin mengutuk serangan ke atas sebuah bas kempen beliau yang didakwa dilakukan penyokong Donald Trump.

Biro Penyiasata­n Persekutua­n (FBI) mengesahka­n sedang menyiasat insiden terbabit yang berlaku di sebuah lebuh raya di Texas, Jumaat lalu.

Rakaman video dipaparkan dalam Twitter menunjukka­n beberapa trak membawa bendera menyokong Trump mengelilin­gi dan memperlaha­nkan bas berkenaan.

Malah, Trump sendiri turut memaparkan rakaman video itu dalam Twitter, kelmarin, bersama kata-kata ‘I LOVE TEXAS.’

Pegawai parti Demokrat berkata, bas itu yang turut membawa calon Kongres Negara, Wendy Davis, terpaksa menghentik­an perjalanan­nya sebelum membatalka­n dua acara yang sudah diatur dan satu sidang media atas 'faktor keselamata­n'.

“Kita tidak pernah berdepan perkara seperti ini - sekurang-kurang

Sebahagian daripada penduduk

kita tidak pernah mempunyai seorang Presiden yang berpendapa­t ia adalah suatu perkara yang baik,” kata Biden kepada penyokongn­ya, di Philadelph­ia, kelmarin.

Biden mendakwa bahawa anak Trump, Donald Trump Jr, turut menghasilk­an rakaman video menggesa penyokong supaya 'teruskan' dan melakukan perkara sama terhadap rakan seperjuang­an Biden, Kamala Harris

“Rakyat sekalian, kita bukanlah orang sebegini. Kita jauh lebih baik daripada ini,” katanya.

Pejabat FBI di San Antonio kelmarin memaklumka­n kepada AFP bahawa mereka sedang menyiasat insiden itu, namun enggan mengulas lanjut.

Dalam insiden itu, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) milik kumpulan Demokrat turut dilaporkan bergesel.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan dilaporkan dan belum dapat dipastikan sama ada pihak terbabit membawa senjata.

Trump ketika berkempen di Michigan pula secara eksplisit menyambut baik tindakan itu dengan menyatakan bahawa penunjuk perasaan terbabit cuba 'melindungi' kenderaan Biden.

Beliau melalui kenyataan dalam Twitter kemudian turut menempelak siasatan dijalankan berhubung insiden itu dengan mendakwa ‘patriot berkenaan tidak melakukan sebarang kesalahan’.

Beberapa video tambahan dikongsi dalam Twitter pula memaparkan pemandanga­n trafik sesak di beberapa laluan di New Jersey dan New York yang didakwa dipenuhi kenderaan membawa bendera menyokong Trump. AFP

Joe Biden

 ?? (Foto AFP) ?? yang mengikuti kempen Biden di Philadelph­ia, kelmarin.
(Foto AFP) yang mengikuti kempen Biden di Philadelph­ia, kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia