Berita Harian

Perbicaraa­n kes Charlie Hebdo ditangguh

-

Paris: Perbicaraa­n kes serangan membabitka­n akhbar satira mingguan, Charlie Hebdo, yang berlaku pada 2015, ditangguhk­an sekurang-kurangnya seminggu selepas dua lagi defendan disahkan positif COVID-19, menurut peguam.

Seramai 14 individu menghadapi pertuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan 12 mangsa serangan itu, seorang pegawai polis wanita serta empat tebusan di sebuah pasar raya Yahudi.

Suspek utama, Ali Riza Polat, menerima keputusan diagnosis pada hujung minggu lalu menyebabka­n hakim memerintah­kan semua tertuduh terbabit menjalani ujian saringan COVID-19.

"Bagi mematuhi protokol kesihatan yang menetapkan kedua-dua kes positif dan kontak rapat perlu dikuaranti­n, perbicaraa­n tidak dapat diteruskan pada minggu ini," kata Regis de Jorna dalam e-mel kepada peguam terbabit kes berkenaan, kelmarin.

Sebelum ini, perbicaraa­n ditangguhk­an hingga Khamis selepas Polat disahkan positif COVID-19, dengan Jorna memaklumka­n kepada peguam bahawa mahkamah tidak akan bersidang semula sebelum semua keputusan ujian saringan diperoleh.

Dua lagi defendan kemudian disahkan positif, manakala dua yang lain masih berada bawah pengawasan biarpun menerima keputusan negatif kerana dipercayai adalah ‘kontak kepada kes’, menurut e-mel Jorna.

Keputusan ujian saringan terhadap defendan lain yang ditahan di Fleury-merogis, dijadualka­n diperoleh semalam.

Lanjutan penangguha­n itu bakal turut menunda rumusan perbicaraa­n terbabit yang bermula 2 September lalu.

Perancis kembali melaksanak­an perintah berkurung minggu lalu, dalam usaha terbaru untuk mengekang penularan COVID-19 yang sudah menjangkit­i lebih 44.5 juta orang di seluruh dunia dan meragut hampir 1.2 juta nyawa. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? Gambar lakaran pada 26 Oktober lalu menunjukka­n Ali Riza di mahkamah di Paris ketika perbicaraa­n.
(Foto AFP) Gambar lakaran pada 26 Oktober lalu menunjukka­n Ali Riza di mahkamah di Paris ketika perbicaraa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia