Berita Harian

Kuasa peminat

- Zaidim@bh.com.my

(Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular Bersama Remy Ishak)

“Syukur, Alhamdulil­lah masih diberi sokongan peminat dan silent supporters yang sudi mengundi saya menerusi ABPBH 33.

“Saya amat menghargai apabila berjaya membolosi tiga kategori, tahun ini. Namun, lebih mengejutka­n, nama tersenarai dalam kelompok sepuluh calon yang menerima undian teratas.

“Terima kasih BH dan ABPBH kerana menghargai bakat artis tempatan dan membuka ruang untuk peminat terus menyokong artis kesayangan. Apapun, saya anggap ini adalah rezeki anak,” katanya.

Beberapa artis popular tercicir dalam 10 artis mendahului undian ABPBH 33

popular dalam genggaman. Jika tidak mungkin dalam banyak nama, mereka berjaya membolosi sepuluh calon pelbagai kategori Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang diumumkan undian tertinggi sejak proses pencarian pemenang dilancarka­n pada 7 Oktober lalu.

Artis terbabit adalah Aiman Tino; Alif Satar; Nur Fazura; Haqiem Rusli; Haziq; Hun Haqeem; Khai Bahar; Sherry Alhadad; Siti Nordiana dan Zahiril Adzim.

Edisi ABPBH 33 menyaksika­n persaingan sengit, ketika industri dibanjiri lambakan artis baharu yang mempertaru­hkan keampuhan bakat sepanjang tahun lalu.

Menempatka­n nama dalam kelompok sepuluh calon teratas pastinya menjadi dambaan setiap artis, apatah lagi baru melangkahk­an kaki dalam industri hiburan. Sesuatu yang menarik, barisan sepuluh calon teratas didominasi oleh pelakon dan penyanyi, selain bakat baharu yang membolosi kedudukan itu.

Cukup mengejutka­n apabila beberapa nama artis dianggap calon pilihan ramai seperti Mira Filzah, Ben Amir, Zul Ariffin dan Syafiq Kyle gagal membolosi diri dalam kelompok sepuluh teratas. Bagaimanap­un, usah risau, tempoh pengundian masih dibuka sehingga Ahad ini. Kejutan dan perubahan boleh berlaku pada saat akhir. Ikuti reaksi sepuluh artis yang berjaya mendapat undian tertinggi. (Pelakon Filem Lelaki Popular, Gandingan Serasi Filem Popular Bersama Dayana Roza)

“Saya paling terkejut berada dalam senarai sepuluh calon yang menerima undian teratas.

“Saya tahu mengenai pencalonan menerusi dua kategori dalam top 20, cuma saya tak mengharapk­an lebih.

“Bayangkan, saya tak pernah mempunyai kelab peminat sejak 14 tahun bergelar pelakon. Mungkin ada yang mengundi saya secara senyap hingga berjaya membolosi kelompok undian tertinggi,” katanya. (Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi Malaysia, Artis Kontrovers­i Popular)

“Saya terkejut nama berada dalam senarai calon sepuluh menerima undian teratas menerusi ABPBH 33. Saya tak sangka dapat mendahului undian keseluruha­n. Namun, ia bukan alasan untuk selesa. Undian boleh berubah bila-bila masa, jadi saya galakan peminat terus konsisten mengundi.

“Apa apapun, saya harus berterima kasih kepada peminat termasuk kelab peminat, Aiman Tino Fantastic yang aktif mengundi. Tanpa jemu, mereka berperang dengan undian.

“Saya selalu mengemas kini aktiviti semasa menerusi aplikasi Whatsapp peminat yang dikendali pembantu peribadi. Ada 80 ahli dalam kumpulan ini,” katanya.

Zahiril Adzim

Sherry Alhadad

Haziq

Aiman Tino

(Artis Baharu Lelaki Popular) “Saya terharu dan sebak sangat apabila menerima berita ini. Kalau ikutkan, saya masih mentah dalam dunia lakonan, tetapi sudah menerima sokongan seumpama ini.

“Saya tak terfikir mampu pergi sejauh ini sejak memulakan langkah sebagai pelakon. Apa yang saya tahu, melaksanak­an tanggungja­wab dan amanah yang diberikan.

“Nama tersenarai dalam kelompok sepuluh calon yang mempunyai undian tinggi cukup menakjubka­n. Terima kasih kepada Huniverse FC atas sokongan padu terhadap saya," katanya. (Artis Versatil Popular, Artis Kolaborasi/duo/berkumpula­n Popular Bersama Khai Bahar, Lagu Paling Boom Popular)

"Saya berharap apa yang diusahakan Siti Nordiana FC tanpa mengenal siang dan malam tidak sia-sia. Syukur, nama saya berjaya membolosi sepuluh calon yang mempunyai undian tertinggi.

“Bohonglah kalau saya cakap tak nak menang, tetapi segala-galanya dengan izin Allah SWT. Saya selalu berpesan pada kelab peminat, menang atau kalah adalah adat pertanding­an. Jadi, jangan terlalu meletak harapan yang tinggi.

“Jujurnya, saya amat bertuah memiliki ahli kelab peminat yang sanggup mengorbank­an masa, tenaga dan hingga kebas tangan mengundi. Hanya Allah dapat balas jasa mereka. Jika ada rezeki menang, ini juga kejayaan milik mereka," katanya.

Siti Nordiana

(Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Artis Komedi Popular)

“Secara peribadi, saya tak sangka undian peminat sehebat ini. Tentunya saya terkejut besar apabila dimaklumka­n saya dalam senarai sepuluh artis menerima undian tertinggi. Peminat saya tak ramai, malah ahli kelab peminat, Sherrylici­ous FC tak sampai berapa kerat, tetapi mereka berusaha gigih. (Penyampai Radio Popular)

“Alhamdulil­lah, inilah dinamakan rezeki terpijak. Jujurnya, saya rasa sudah beroleh kemenangan apabila nama tersenarai kelompok sepuluh calon yang menerima undian teratas.

"Ini berkat usaha kelab peminat, Geng Haziq. Tanpa mereka, saya tidak akan berdiri seteguh ini. Saya rasa kerdil berbanding artis lain berada dalam kelompok ini.

 ??  ??
 ??  ?? Hun Haqeem
Hun Haqeem
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia