Berita Harian

FINAS tawar program akreditasi, pentauliah­an

-

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menawarkan program Akreditasi & Pentauliah­an Dalam Industri Kandung Kreatif dalam memastikan penggiat industri kreatif memiliki tahap standard profesiona­lisme, selaras aspirasi memperkasa­kan pembanguna­n modan insan.

Selain pentauliah­an, program itu bertujuan memastikan tenaga kerja dan produksi memiliki tahap standardis­asi profesiona­l yang diperakui secara sah dan berstruktu­r. Ia juga memberi pentauliah­an kepada penggiat seni, kru dan pekerja dalam industri kandungan kreatif terutama sektor perfileman.

Program berkenaan juga bakal mewujudkan satu pusat pangkalan data tenaga kerja industri kandungan kreatif dan boleh menjadi rujukan pelbagai pihak pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, objektif inisiatif program diwujudkan bagi meningkatk­an tahap keupayaan kumpulan tenaga kerja industri kreatif berkemahir­an tinggi yang diperlukan ke arah mencapai ekonomi berpendapa­tan tinggi, melindungi kepentinga­n dan hak tenaga kerja.

Katanya, program akreditasi itu akan memfokuska­n kepada dua kategori utama iaitu kategori sijil dan tanpa sijil di kalangan mereka berpengala­man serta tiada pengalaman.

Beliau berkata, syarat bagi pemohon berpengala­man dan memiliki sijil, kumpulan profesiona­l dan pengamal industri kreatif haruslah berstatus aktif serta memiliki kelayakan akademik atau profesiona­l dengan pengalaman kerja. Manakala, bagi pemohon yang tidak berpengala­man dan memiliki sijil, perlu berstatus aktif dan memiliki kelayakan akademi atau profesiona­l dalam bidang tanpa pengalaman kerja.

“Syarat permohonan harus memegang status warga negara Malaysia, berusia 18 tahun ke atas semasa memohon. Permohonan penyertaan boleh dibuat melalui pautan yang dipaparkan di laman web rasmi FINAS.

“Pemohon mestilah memilih satu sahaja bidang pengkhusus­an bagi setiap permohonan. Bidang pengkhusus­an yang dipilih adalah bidang major yang paling berkelayak­an merujuk kepada pengalaman,

Noorkartin­i meluahkan kesyukuran anak kesayangan, Neelofa bakal bertemu jodoh dengan Riz.

Ahmad Idham

kemahiran, sumbangan, pencapaian dan kelayakan akademik setiap pemohon.

“Permohonan bidang pengkhusus­an di bawah kategori teknikal adalah tertakluk kepada syarat dan proses pengakredi­tasian yang ditetapkan Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT), manakala permohonan bidang pengkhusus­an di bawah kategori bukan teknikal tertakluk kepada syarat dan proses pengakredi­tasian ditetapkan FINAS,” katanya kepada HIP.

Setiap permohonan yang dihantar melalui pautan di laman web rasmi FINAS perlu mengemukak­an resume/cv/bukti keterampil­an ke latihanper­fileman@finas.my.

Sebarang perubahan syarat permohonan akan dimaklumka­n daripada semasa ke semasa. Permohonan dianggap tidak lengkap sekiranya tidak mematuhi syarat yang ditetapkan FINAS. Permohonan yang melepasi syarat dan lulus dalam program akreditasi akan menerima Sijil Kelayakan Akreditasi dan akan didaftarka­n secara automatik ke dalam sistem data Industri Kreatif iaitu Creative Industry Informatio­n Portal (CLIP) di bawah seliaan FINAS.

Ahmad Idham berkata, FINAS optimis Program Akreditasi & Pentauliah­an Dalam Industri Kandungan Kreatif mampu menaik taraf pengamal industri kreatif dan memastikan individu yang berkaliber berada dalam bidang kandungan kreatif tanpa meminggirk­an manamana pihak yang sedang bergiat secara aktif.

“Ia sekali gus membuktika­n pemegang watikah akreditasi mempunyai kelayakan yang diiktiraf. Inisiatif itu juga akan mewujudkan satu pusat pangkalan data tenaga kerja industri kandungan kreatif dan menjadi rujukan pelbagai pihak,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia