Berita Harian

Neelofa, Riz nikah Mac tahun depan?

Status IG ibu seakan mengesahka­n spekulasi Neelofa dirisik

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Ibu Neelofa,

Hubungan istimewa selebriti popular, Neelofa, 31, dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau Riz, 25, mula menjadi tumpuan apabila mereka bekerjasam­a menerusi program anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa.

Menguatkan desas-desus perhubunga­n cinta yang terjalin apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik video pendek menerusi Instagram (IG) Story memaparkan Neelofa dan Riz berbual dan berpakaian sedondon pada majlis perkahwina­n adik mereka.

Awalnya, pemilik nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pendakwah yang dikenali menerusi program Pencetus Ummah itu, selepas video mereka tular.

Namun, kini, sudah terang lagi bersuluh apabila Ahad lalu berlangsun­gnya majlis merisik di kediaman ibu bapa Neelofa di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Malah, laman sosial dibanjiri dengan beberapa foto Neelofa dan Riz bersama anggota keluarga yang hadir.

Seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan dilihat terlebih dahulu menunaikan solat

Neelofa dan Riz bersama ibu masing-masing mengabadik­an kenangan pada majlis merisik berkenaan.

Asar yang diimamkan oleh Riz.

Cubaan HIP mendapatka­n kepastian Neelofa gagal apabila pengacara Next To Neelofa itu terus mengunci mulutnya. Mengikut sumber keluarga yang turut hadir pada majlis berkenaan, Neelofa dan Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Mac 2021.

Neelofa turut memuat naik gambar sekitar majlis berkenaan dalam laman sosial, tetapi tidak memberitah­u secara jelas. Terbaru, Neelofa memuat naik foto bersama ibu serta doa Nabi Ibrahim untuk orang tuanya sebagai kapsyen.

“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat),” tulisnya.

Menerusi entri dalam laman sosial, Instagram (IG) ibunya, Noorkartin­i Noor Mohamed seakan mengesahka­n spekulasi anak perempuan kesayangan­nya sudah dipinang orang.

“Syukur padamu Ya Rabbi... Saat yang kutunggu sudah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayangan­ku.

“Saya yakin dengan ketentuanm­u, yang mana insan ini dapat membahagia­kannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya.

“Yang akan menyokong setiap apa saja urusannya. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewa Mu di syurga,” tulisnya dalam IG.

Tidak hanya itu, entri IG disusuli dengan luahan ibunya mengenai puteri kesayangan­nya itu.

“Wahai anakku, ketika aku mengandung­kanmu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa, perjalanan sembilan bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagia­kanku, memelukmu memberi kepuasan kepadaku, melihat keletahmu membuatku sentiasa rindu padamu,” tulisnya.

Sementara itu, menerusi entri IG, Noor Nabila mendoakan yang terbaik untuk adiknya dalam menempuh fasa baharu dalam kehidupan.

“Semoga hanya yang terbaik sahaja untukmu adikku.” tulis Noor Nabila.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia