Berita Harian

Atalanta tak sabar robek Liverpool

-

Milan: Gandingan Colombia, Duvan Zapata dan Luis Muriel bakal menjadi senjata Atalanta dalam misi ‘merobek’ Liverpool pada aksi Liga Juara-juara di Bergamo, awal pagi esok.

Pengendali­nya, Gian Piero Gasperini mengakui pertembung­an menentang juara Eropah enam kali itu membuktika­n betapa mereka kini turut bergelar antara pasukan terbaik di benua itu.

“Kami mahu bertemu pasukan yang ada prestij hebat, pasukan menakjubka­n yang penuh bersejarah,” kata Gasperini.

“Ini satu pencapaian buat kami. Perlawanan ini membakar semangat kami.”

Kempen sulung Atalanta di Liga Juara-juara musim lalu bermula dengan buruk apabila tewas semua tiga perlawanan pertama sebelum bangkit dan mara ke ‘lapan terbaik’ di Portugal.

Namun, kali ini mereka mengutip empat mata daripada dua perlawanan dan menghuni tangga kedua Kumpulan D di belakang Liverpool dengan sebahagian besar jaringan disumbangk­an Zapata dan Muriel.

Zapata meledak dua gol untuk mengikat Ajax minggu lalu di Bergamo selain dia dan Muriel turut menjaringk­an gol ketika membenam kelab Denmark, Midtjyllan­d.

Skuad berpangkal­an di Bergamo itu juga muncul sebagai antara pasukan paling menyerang di Itali apabila menghimpun 23 gol dalam semua pertanding­an yang dijaringka­n oleh sembilan penjaring berbeza.

Situasi ini pasti akan memberi masalah kepada pertahanan The Reds menjelang aksi kedua-dua pasukan itu.

“Apa yang dikesalkan adalah tiada penyokong dapat menyaksika­n perlawanan ini di stadium.

“Saya boleh bayangkan besarnya perlawanan ini di hadapan penyokong kami. Aksi Liga Juara-juara yang begitu penting yang membuatkan penyokong kami teruja.

“Ia satu keadaan yang kejam buat kami apabila ia tidak akan berlaku,” kata Gasperini.

 ??  ?? Zapata (kiri) dan Muriel.
Zapata (kiri) dan Muriel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia