Berita Harian

JDT, Kedah ulangi final 2019?

Saingan Liga Juara-juara Asia mungkin jejaskan Harimau Selatan

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Tidak mustahil ulangan final Piala Malaysia musim lalu yang menemukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah sekali lagi akan berulang tahun ini.

Itu ramalan bekas pemain kebangsaan, Serbegeth Singh selepas meletakkan Kedah selaku pasukan pilihan menjuarai kejohanan itu musim ini, tatkala JDT berdepan laluan mudah untuk ke final.

Serbegeth atau lebih dikenali sebagai Shebby bagaimanap­un menjelaska­n JDT mungkin berdepan halangan dalam menyenarai­kan skuad terkuat apabila Harimau Selatan juga akan terbabit dengan saingan peringkat kumpulan Liga Juara-juara Asia (ACL) di Doha, Qatar bermula 19 November ini.

Justeru, dia yang juga pengulas dan pengkritik bola sepak turut berharap tiada kejutan berlaku ke atas JDT hingga boleh menyebabka­n pasukan itu gagal ke final.

Katanya, jika kejutan itu berlaku, saingan Piala Malaysia tidak akan meriah sekiranya tiada pasukan gergasi seperti JDT di pentas akhir.

Berikut adalah ulasan Shebby mengenai dua laluan ke final Piala Malaysia musim ini selepas proses undian kelmarin.

“Kalau kita tengok Kedah lawan Pahang selalunya di pentas final.

Reputasi pemain dan jurulatih akan memainkan peranan penting dan saya jangka pertemuan ini akan berlanjuta­n ke masa tambahan atau sepakan penalti, macam aksi final.

Dalam kumpulan Kedah, Pahang Selangor dan Melaka, saya pilih Kedah untuk ke separuh akhir. Mereka lebih stabil, Selangor ada banyak pertukaran termasuk jurulatih.

Pahang hilang banyak pemain utama dan Melaka pula pasukan sederhana.

Bagi kumpulan satu lagi, saya fikir Perak dan Terengganu FC (TFC) akan ke suku akhir. Selepas itu aksi tempat sendiri yang akan menentukan pasukan mana akan mara ke separuh akhir.

Kalau (suku akhir) main di Kuala Terenggnu, TFC mungkin akan layak dan kalau main di Ipoh, Perak ada kelebihan untuk ke separuh akhir.

Tetapi saya rasa Kedah akan ke final dan jika perkara itu berlaku, mereka ada peluang besar untuk muncul juara sekiranya JDT tidak mampu menurunkan pemain skuad utama.

Kelebihan ada pada Kedah dan untuk Piala Malaysia kali ini saya pilih Kedah sebagai pasukan pilihan.”

 ?? (Foto MFL) ??
(Foto MFL)
 ??  ?? Serbegeth Singh
Serbegeth Singh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia