Berita Harian

Tolong jaga adab, nama Malaysia: Pawi

Safawi harap penyokong bersabar, belum rezeki main lagi

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Jaga adab kita dan nama Malaysia!

Itu harapan penyerang prolifik kebangsaan, Safawi Rasid susulan tindakan 'liar' penyokong bola sepak tempatan yang sering kali ‘menyerang’ laman sosial rasmi Portimonen­se SC apabila pasukan itu belum lagi memberi peluang kepadanya beraksi.

Bagaimanap­un, pemain kelahiran Dungun itu tetap berterima kasih terhadap sokongan yang diberikan peminat tempatan yang sudah pasti mahukan dia menempa kejayaan di benua Eropah itu.

“Saya harap penyokong perlu bersabar. Saya tahu mereka tidak sabar untuk melihat saya tampil buat kali pertama tetapi kita kena jaga adab dan nama Malaysia. Apapun, terima kasih sentiasa memberi sokongan kepada saya.

“Insya-allah sampai rezeki saya, saya akan membuatkan penyokong gembira,” katanya ketika dihubungi BH Sukan.

Ketika ditanya sama ada tindakan penyokong itu memberikan tekanan kepadanya, penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mengakui dia tidak menjadikan situasi itu sebagai penghalang buat dirinya.

“Bagi saya, tiada tekanan kerana kita tidak boleh mengawal mereka. Tetapi saya harap mereka dapat menjaga adab kita di media sosial kerana rakyat Malaysia terkenal dengan budi bahasa yang tinggi.

“Alhamdulli­lah hampir sebulan saya di sini, banyak perkara yang sudah saya pelajari. Apa yang penting saya perlu kuat untuk disenaraik­an dan mendapat peluang beraksi,” katanya.

Terdahulu, tindakan Portimonen­se SC yang terus tidak menyenarai­kan Safawi dalam skuad utama mengundang situasi yang memalukan apabila penyokong bola sepak tempatan 'berkampung' di laman sosial pasukan itu dan meninggalk­an komen yang majoritiny­a tidak manis untuk dibaca.

Antaranya ada yang menyifatka­n jurulatihn­ya, Paulo Sergio sebagai berlagak apabila tidak menurunkan Safawi sehingga pasukan itu berdepan kekalahan 2-1 di tangan Santa Clara, kelmarin.

Selain itu, ada juga yang mengharapk­an pasukan itu terus ditimpa nasib malang dan berterusan kalah dalam aksi yang bakal dihadapi selepas ini.

Bagaimanap­un, masih ada penyokong yang waras apabila memahami perancanga­n pasukan terbabit dan percaya pemain itu pasti akan akan mendapat tempat selepas ini.

Mereka juga tidak bersetuju dengan segelintir penyokong yang meninggalk­an komen berbaur negatif dan mengharapk­an mereka tidak memalukan Safawi serta bola sepak Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia