Berita Harian

Konstabel terperanja­t dalam senarai Arul

-

Kuala Lumpur: Penjaga gol, Muhammad Shafie Sahrom tidak menyangka namanya berada dalam senarai 30 pemain yang akan meneruskan kem latihan pusat skuad hoki lelaki kebangsaan dengan dia bertekad sudah bersedia memperagak­an prestasi 100 peratus pada fasa seterusnya.

Shafie yang sudah setahun ‘meninggalk­an’ arena hoki disebabkan kekangan kerja selaku konstabel polis berkata, pada awalnya dia terkejut dengan pengumuman dibuat ketua jurulatih, Arul Selvaraj Sabtu lalu dengan menyifatka­n ramai lagi penjaga gol yang lebih baik daripadany­a.

Bagaimanap­un, penjaga gol yang mewakili pasukan PDRM ketika kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2020 itu akan menyahut peluang diberikan ini untuk memperkema­skan lagi corak permainann­ya.

“Syukur kerana terpilih dalam senarai terakhir dibentangk­an jurulatih. Agak terkejut kerana ramai lagi pemain yang lebih baik daripada saya ketika pemilihan.

Apapun, saya ambil peluang ini secara positif untuk perkembang­kan lagi pengalaman kerana dalam (kem) pemilihan sebelum ini, pengalaman saya itu masih kurang termasuk latihan fizikal saya.

Muhammad Shafie Sahrom

“Pada waktu pertama menyertai kem, rasa gugup kerana saya terlalu menghormat­i pemain senior sehingga saya ‘menggigil’ untuk bermain pada perlawanan persahabat­an pertama.

Namun selepas itu, kami sudah menemui keserasian dengan cepat dan semakin hari, perasaan gugup itu berkuranga­n.

“Bagi saya, ini adalah satu cabaran yang perlu disahut. Saya memang bercita-cita untuk bermain dalam pasukan kebangsaan namun daripada sudut lain, saya perlu menguruska­n masa dengan bijak untuk kerja dan latihan,“katanya.

Sebelum ini, Arul mengumumka­n Shafie antara empat penjaga gol yang akan meneruskan latihan di samping Mohammad Hairi Abdul Rahman, Andrian Andy Albert dan Muhammad Hafizuddin Othman.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia