Berita Harian

Adam janji jadi lebih baik

-

Kuala Lumpur: Pelumba negara yang beraksi dalam kempen Moto2 Eropah, Adam Norrodin sekadar berada di tangga ketujuh keseluruha­n selepas musim Kejuaraan CEV Repsol 2020 melabuhkan tirainya di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin.

Pelumba pelapis pasukan Sepang Racing Team (SRT) yang menyertai pasukan Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu mengumpul 79 mata daripada lapan pusingan dalam kalendar musim yang turut diganggu pandemik COVID-19.

Kedudukann­ya itu bagaimanap­un tidak mencapai sasaran lima terbaik yang diletakkan pasukan, namun pencapaian diraihnya kali ini lebih baik berbanding tahun lalu yang menyaksika­n Adam menamatkan musim 2019 di tangga ke-15 dengan 35 mata.

“Saya berada di tangga ketujuh keseluruha­n kejuaraan. Satu musim yang padat dengan situasi turun naik dan saya akan mengambil keputusan ini secara positif untuk menjadi lebih baik lagi di masa depan,” kata Adam atau dikenali dengan julukan ‘Torete’ yang menamatkan perlumbaan di Valencia masingmasi­ng di tempat kelapan.

Pelumba Itali dari pasukan Team Ciatti-speed Up muncul selaku juara keseluruha­n dengan 240 mata manakala Niki Tuuli (Team Stylobike) berada di tangga kedua dengan 196 mata.

Berada di tangga ketiga adalah pelumba Promoracin­g, Alessandro Zaccone dengan 195 mata manakala Taiga Hada (AGR Team) berada di tangga keempat, 104 mata.

“Pada perlumbaan pertama, saya kecewa dengan permulaan yang menyaksika­n kedudukan saya turun dua posisi ke tempat kesembilan. Saya berusaha untuk dapatkan kembali posisi tetapi hanya mampu memintas seorang pelumba.

“Pada perlumbaan kedua, saya dapat permulaan yang bagus. Saya berada di kedudukan kelima dan dapat mengekalka­n posisi di tempat keenam sehinggala­h pusingan kedua terakhir. Saya cuba memberikan yang terbaik kerana ini adalah perlumbaan terakhir musim.

“Selepas 10 pusingan, sukar untuk saya meneruskan usaha kerana keadaan badan saya yang lemah. Saya menamatkan perlumbaan di tempat kelapan. Apapun, kami sudah melakukan yang terbaik,” kata Adam yang sebelum ini mengalami masalah ‘arm pump’ yang mengganggu tunggangan sejak pertengaha­n musim itu.

 ??  ?? Adam ambil positif keputusan dalam kempen Moto2 Eropah musim ini.
Adam ambil positif keputusan dalam kempen Moto2 Eropah musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia