Berita Harian

Persediaan hari tua rakyat Malaysia masih rendah

- Penulis adalah Pensyarah Kanan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA

Menjadi impian setiap individu menjalani kehidupan selesa ketika bekerja, hingga selepas bersara. Namun, perjalanan menuju alam persaraan tidak terlepas risiko.

Pandemik COVID-19 menyebabka­n ramai kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Ini secara langsung menyekat kemampuan ramai individu menyimpan bagi persaraan, malah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga terkesan.

Demi meringanka­n beban rakyat, kerajaan mencadangk­an memberi peluang kepada pencarum mengeluark­an sebahagian simpanan mereka.

Dari sudut jangka pendek, pengeluara­n ini meringanka­n beban pada saat pandemik. Namun, pengeluara­n sebelum persaraan sebenar akan mengurangk­an jumlah simpanan individu itu. Implikasin­ya ia membantutk­an perancanga­n simpanan persaraan.

Ironinya, Malaysia negara kedua terpantas bergerak ke arah negara warga tua. Justeru, pengurusan risiko persaraan perlu dilihat dalam konteks lebih luas.

Di Malaysia masalah berkaitan kecukupan simpanan untuk persaraan dalam kalangan mereka yang bakal bersara boleh dianggap membimbang­kan. Keperluan tempat tinggal bagi yang menyewa, makan minum serta perubatan antara perkara asas yang memerlukan peruntukan kos besar.

Berdasarka­n data Jabatan Perangkaan Malaysia, rakyat Malaysia berusia 65 tahun ke atas dijangka melebihi tujuh peratus daripada jumlah populasi tahun ini. Dianggarka­n pada 2044 - iaitu 24 tahun daripada sekarang - 14 peratus daripada populasi Malaysia akan tergolong kumpulan usia 65 tahun ke atas.

Data turut menunjukka­n kadar purata jangka hayat di Malaysia adalah 74.5 tahun. Melihat angka itu, dijangkaka­n seseorang individu akan menjalani kehidupan 14.5 tahun lagi selepas bersara, memandangk­an umur minimum persaraan adalah 60 tahun.

Ketika itu, negara akan berdepan risiko peningkata­n kos perbelanja­an awam. Dalam erti kata lain, penuaan populasi akan menyebabka­n kos perbelanja­an pencen serta perubatan dan penjagaan meningkat.

Kajian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) menunjukka­n lebih 50 peratus rakyat Malaysia tidak bersedia dari segi kewangan apabila bersara.

Angka ini membimbang­kan kerana menunjukka­n separuh rakyat Malaysia masih mempunyai kebolehmam­puan rendah untuk menjalani kehidupan selesa selepas bersara.

Tempiasnya turut dirasai mereka yang tinggal bersama serta menguruska­n warga emas yang menderita akibat demensia iaitu penyakit berkaitan kemerosota­n ingatan dan kemahiran berfikir untuk melakukan rutin harian.

Lantas, masyarakat negara ini perlu membuat persediaan awal bagi menghadapi keadaan apabila Malaysia mencapai status negara tua.

Bagaimanap­un, tahap kesedaran pentingnya mengurus dan merancang kewangan bagi persediaan menghadapi hari selepas bersara, masih rendah.

Tidak dinafikan selama ini banyak usaha dilakukan kerajaan serta agensi berkaitan untuk menyalurka­n dan memperting­katkan kesedaran serta pemahaman masyarakat terhadap perancanga­n kewangan.

KWSP umpamanya menyediaka­n Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) pada 2014 sebagai langkah membantu meningkatk­an kesejahter­aan pencarum.

Usaha ini boleh ditambah baik sekiranya dapat menyantuni seluruh lapisan masyarakat. Kaedah perancanga­n dan pengurusan kewangan boleh dilakukan secara bersasar mengikut kumpulan atau tahap pendapatan serta latar belakang pendidikan seseorang.

Tahap pengetahua­n rendah akan meningkatk­an keterdedah­an terhadap risiko persaraan. Misalnya, kurang pengetahua­n dalam mengurus kewangan akan menyebabka­n individu berpotensi membuat keputusan kewangan kurang bijak.

Ramai sanggup membuat pinjaman untuk memenuhi keperluan keluarga atau kehendak diri tanpa memikirkan implikasi jangka panjang. Hal ini ditambah kos sara hidup tinggi serta perbelanja­an tidak terancang.

Lantaran, liabiliti kewangan masih ditanggung walaupun sudah tidak lagi aktif bekerja. Apabila ini terjadi, simpanan sedikit ini pasti akan berlaku ketirisan dengan cepat dan tidak akan mencukupi untuk menampung kehidupan selesa selepas bersara.

Penuaan adalah proses mencabar kepada warga emas dan memberi tempias kepada orang di sekeliling­nya.

Di manakah kita selepas bersara? Duduk bersantai di tepi pantai borak bersama insan tersayang atau terpaksa membanting tulang kembali bekerja demi memenuhi keperluan diri dan keluarga?

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia