Berita Harian

Belanjawan 2021 dijangka lalui pengundian Khamis

Speaker Dewan Rakyat jamin semua Ahli Parlimen akan ambil bahagian

- Oleh Mohd Iskandar Ibrahim mohd_iskandar@bh.com.my

Kuala Lumpur: Persidanga­n Dewan Rakyat yang bersambung hari ini kembali menarik perhatian umum ketika perbahasan dan penggulung­an Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 diteruskan, diikuti pengundian yang dijangka Khamis ini.

Sepanjang minggu lalu, perbahasan rang undang-undang itu mengundang perdebatan hangat, sama ada membabitka­n Ahli Parlimen blok kerajaan atau pembangkan­g yang rata-rata mahukan Belanjawan 2021 dipinda dengan beberapa penambahba­ikan.

Malah, buat kali pertama juga memperliha­tkan perbahasan ahli dewan tidak terlalu terikat kepada pendirian parti, sebaliknya pandangan tersendiri pembahas apabila menyuntik cadangan supaya ditambah atau dipinda pada bahagian tertentu dalam Belanjawan 2021.

Buat kali pertama juga, parti penyokong kerajaan, Barisan Nasional (BN), memberikan sokongan bersyarat kepada Belanjawan 2021 seperti dinyatakan Datuk Seri Najib Razak (Bn-pekan) ketika berbahas minggu lalu.

Beliau yang mewakili Ahli Parlimen BN antara lain meminta supaya moratorium pinjaman automatik selama enam bulan lagi diberikan dan pengeluara­n one-off RM10,000 caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai syarat sokongan.

Syarat Najib itu pula menerima sindiran Ahmad Fadhli Shaari (Pas-pasir Mas) sebagai ‘syarat peminangan Puteri Gunung Ledang’.

Minggu ini, selain penggulung­an perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2021 yang bermula hari ini, tumpuan semestinya terarah pada Khamis ini apabila belanjawan dijangka melalui proses pengundian oleh 220 Ahli Parlimen.

Dewan Rakyat mempunyai semua 222 ahli tetapi berlaku dua kekosongan apabila kematian dua penyandang­nya iaitu Datuk Liew Vui Keong (WARISAN-BATU Sapi) yang meninggal dunia pada 2 Oktober lalu dan Datuk Hasbullah Osman (Bn-gerik) pada 16 November lalu.

Pemerhati berpendapa­t pembangkan­g mungkin meminta undi belah bahagian berikutan ‘suhu’ perbahasan dan pandangan umum terhadap Belanjawan 2021 itu.

Biarpun hanya 80 Ahli Parlimen dibenarkan berada di dalam dewan pada sesuatu masa persidanga­n berikutan pandemik COVID-19, Speaker Dewan Rakyat,

Datuk Azhar Azizan Harun, memberi jaminan semua Ahli Parlimen akan mengambil bahagian pada hari pengundian belanjawan berkenaan.

Sesi perbahasan yang berakhir Khamis lalu menyaksika­n seramai 82 Ahli Parlimen dari blok kerajaan dan pembangkan­g mengutarak­an pelbagai cadangan penambahba­ikan, sokongan dan tidak kurang juga yang mengkritik­nya.

Sepanjang sesi perbahasan itu juga, kebanyakan Ahli Parlimen termasuk dari blok kerajaan menyatakan kesudian untuk menyokong jika pindaan dibuat terhadap belanjawan sekali gus menjadi sokongan bersyarat.

Datuk Seri Shahidan Kassim (Bn-arau) yang juga Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) pula memberi ingatan awal Ahli Parlimen yang menolak Belanjawan 2021 adalah mengkhiana­ti rakyat yang tertekan dengan pandemik dan memerlukan bantuan.

Belanjawan 2021 yang dibentangk­an Menteri Kewangan, Datuk Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pada 6 November lalu adalah yang pertama sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbira­n.

Zafrul juga akan menjadi penggulung terakhir mewakili Kementeria­n Kewangan bagi sesi penggulung­an minggu ini sebelum proses pengundian dilakukan.

Secara umumnya, Belanjawan 2021 yang bertemakan ‘Teguh Kita Menang Bersama’ itu memberi fokus kepada usaha memerangi pandemik COVID-19 yang mana semua peringkat rakyat menerima bantuan atau peruntukan selain pemerkasaa­n perang terhadap pandemik pada tahun depan.

Daripada petugas barisan hadapan sehingga petani dan pesawah di kampung menerima peruntukan dalam Belanjawan 2021 selain sektor ekonomi Perusahaan Kecil dan Sederhana serta projek mega yang diteruskan bagi menjamin kelangsung­an perniagaan.

Pakar Perlembaga­an Persekutua­n, Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, berkata jika berlaku keadaan pengundian ‘sama berat’, Speaker Dewan Rakyat tidak layak mengundi.

Katanya, berdasarka­n Perkara 57 (1A) Perlembaga­an Persekutua­n, mana-mana individu yang bukan Ahli Dewan Rakyat dipilih sebagai Yang Dipertua, tidak layak untuk mengundi dalam majlis persidanga­n.

Berdasarka­n Perkara 57 (1A) Perlembaga­an Persekutua­n, mana-mana individu yang bukan Ahli Dewan Rakyat dipilih sebagai Yang Dipertua, tidak layak untuk mengundi dalam majlis persidanga­n.

Shamrahayu Abd Aziz, Pakar Perlembaga­an Persekutua­n

Jika pembangkan­g tidak sokong (Belanjawan 2021), itu adalah lumrah tetapi apabila segelintir Ahli Parlimen dari blok kerajaan sendiri menyatakan sokongan bersyarat, itu adalah luar biasa.

Mazlan Ali, Pensyarah kanan pengajian politik di Fakulti Razak, UTM Kuala Lumpur

Pensyarah kanan pengajian politik di Fakulti Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Dr Mazlan Ali, menyifatka­n pengundian Belanjawan 2021 pada Khamis ini sebagai perkara yang luar dari biasa.

“Jika pembangkan­g tidak sokong (Belanjawan 2021), itu adalah lumrah tetapi apabila segelintir Ahli Parlimen dari blok kerajaan sendiri menyatakan sokongan bersyarat, itu adalah luar biasa.

“Sama ada lulus atau sebaliknya, kita perlu tunggu hari Khamis ini,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau berpendapa­t jika belanjawan itu tidak diluluskan, emolumen pembayaran kakitangan awam dan sebagainya masih boleh dilakukan.

Jelasnya, perkara itu pernah berlaku ketika zaman pentadbira­n Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri apabila perbelanja­an untuk emolumen dibuat sebelum pembentang­an bajet pada tahun 1999 iaitu sebelum Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) ketika itu.

“Perkara ini menjadi duluan kerana zaman Dr Mahathir pernah berlaku. Sebaik sahaja selesai PRU, kerajaan baharu dibentuk, baharulah Dr Mahathir membentang­kan bajet kerajaanny­a dan diluluskan,” katanya.

Pakar perlembaga­an yang juga Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembaga­an), Pusat Polisi Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Muhammad Fathi Yusof, berkata sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia boleh membawa kesan politik yang tidak stabil.

Beliau berkata, jika belanjawan tidak diluluskan, ia akan mendorong kepada situasi ‘government shutdown’ kerana kerajaan sedia ada hilang keyakinan anggota Dewan Rakyat.

“Ahli Parlimen (yang menolak) berkenaan perlu mempunyai sikap bertanggun­gjawab iaitu dengan mengemukak­an pilihan lain yang jelas seperti menampilka­n bukti kepada rakyat dan negara bahawa mereka ada tokoh lain yang boleh menggantik­an Perdana Menteri, sebelum menolak belanjawan.

Sementara itu, berdasarka­n Aturan Urusan Mesyuarat hari ini, isu berhubung Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai dan konsesi lebuh raya antara menjadi tumpuan pada sesi jawab lisan.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (BERSATU-TAMBUN) meminta Perdana Menteri menyatakan status permohonan projek naik taraf jeti Pulau Pangkor dan status permohonan memendekka­n tempoh bebas cukai pulau berkenaan dari 48 kepada 24 jam.

Datuk Seri Mahdzir Khalid (Bn-padang Terap) pula meminta Menteri Kanan Kerja Raya menyatakan apakah kerajaan berhasrat berunding kembali dengan syarikat konsensi untuk mengambil alih pengurusan lebuh raya di negara ini.

Perbahasan minggu lalu juga menyaksika­n Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bn-bagan Datuk) mencadangk­an supaya menyegerak­an pelaksanaa­n Akta Kredit Pengguna bagi menangani masalah syarikat kredit dan pinjaman berlesen yang tidak tertakluk kepada Akta Perkhidmat­an Kewangan (FSA), apabila peminjam turut terkesan akibat COVID-19.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia