Berita Harian

Selangor, Sabah terus sumbang kes tertinggi

1,096 dilapor positif dengan 1,104 kes sembuh selain tiga kematian baharu

- Oleh Fahmy A Rosly dan Noor Atiqah Sulaiman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Sebanyak 1,096 kes baharu COVID-19 dilaporkan semalam, dengan Selangor terus mencatatka­n kes tertinggi iaitu 603 kes (55 peratus), diikuti Sabah dengan 311 kes (28.4 peratus).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata angka kes baharu semalam menjadikan jumlah kumulatif kes positif dalam negara sebanyak 54,775 kes.

Katanya, pertambaha­n kes itu menjadikan jumlah kes aktif dan kebolehjan­gkitan di negara ini sebanyak 12,843 kes.

“Kes positif COVID-19 tinggi di Selangor berpunca daripada pertambaha­n kes bagi kluster sebelum ini terutama kluster berkaitan tempat kerja iaitu Kluster Teratai yang menyumbang 502 kes (83.3 peratus). Pertambaha­n kes di Selangor semalam menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri itu sebanyak 9,752 kes.

“Pertambaha­n kes di Sabah disebabkan peningkata­n pengesanan kes dalam kalangan saringan kontak rapat, iaitu 139 kes (44.7 peratus).

“Sehingga kini jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 26,098 kes,” katanya dalam kenyataann­ya, di sini semalam.

Dr Noor Hisham berkata, kes semalam turut disumbangk­an oleh kluster di dalam penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) termasuk Kluster Tembok (42 kes), Kluster Bakti (16 kes), Kluster Rumah Merah (empat kes), Kluster Penjara Sandakan (empat kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (dua kes).

Katanya, pertambaha­n kes turut dikesan di Kluster Penjara Reman dengan dua kes dilaporkan, selain masing-masing satu kes di Kluster Penjara Kepayan dan Kluster Matambai.

“Sehingga kini, seramai 106 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 46 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, negeri lain mencatatka­n pertambaha­n kes ialah Perak dengan 55 kes baharu, manakala Kuala Lumpur 30 kes dan Negeri Sembilan dengan 29 kes.

Katanya, turut mencatatka­n kes baharu ialah Kedah (16), Pulau Pinang (15), Labuan (13), Johor (9), Kelantan (8), Melaka (5) dan masing-masing satu kes di Putrajaya serta Perlis.

Beliau berkata, tiga kes kematian dicatatkan di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 335 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

Katanya, satu kes kematian masing-masing dilaporkan di Hospital Tawau, Hospital Queen Of Elizabeth dan Hospital Duchess of Kent di Sandakan.

“Kes kematian ke-333 dilaporkan di Hospital Tawau membabitka­n lelaki warganegar­a berusia 68 tahun dan mempunyai penyakit darah tinggi dan strok.

“Kematian ke-334 dilaporkan di Hospital Queen of Elizabeth iaitu lelaki berusia 90 tahun dan mempunyai penyakit strok, dislipidem­ia dan penyakit aritmia jantung.

“Kes kematian ke-335 membabitka­n wanita warga asing berusia 80 tahun yang mempunyai sejarah penyakit strok (serangan angin ahmar) dan meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, sehingga jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 1,104 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 41,597 kes atau 75.9 peratus daripada jumlah keseluruha­n kes.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Penduduk Kampung Muhibbah Raya menjalani saringan di pekarangan Masjid Babus Saadah, di Tawau, semalam.
(Foto BERNAMA) Penduduk Kampung Muhibbah Raya menjalani saringan di pekarangan Masjid Babus Saadah, di Tawau, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia