Berita Harian

3 lagi kluster baharu dikesan

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan (KKM) merekodkan tiga lagi kluster baharu berkaitan COVID-19, semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan dikesan di Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Katanya, setakat ini, seramai 802 individu disaring dengan 45 dikesan positif dalam tiga kluster berkenaan.

“Kluster Pengkalan Barat membabitka­n daerah Barat Daya, Pulau Pinang dan Kerian, Kuala Kangsar serta Kinta, Perak. Kes indeks (kes ke-42,002) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan di tempat kerja, pada 10 November lalu. Setakat hari ini (semalam), sejumlah 251 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19.

“Kluster Bakti membabitka­n penjara di Seremban, Negeri Sembilan. Kes indeks (kes ke-54,624) adalah banduan dilaporkan positif COVID-19 hari ini (semalam) melalui saringan kemasukan tahanan ke penjara. Sehingga kini (semalam), sejumlah 481 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19.

“Kluster Bayam Indah membabitka­n daerah Kulim dan Kuala Muda, Kedah. Kes indeks (kes ke-53,580) dilaporkan positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala semalam (kelmarin). Seramai 70 individu disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, tiga kluster itu menjadikan keseluruha­n 330 kluster dilaporkan setakat ini.

Katanya, sebanyak empat kluster tamat semalam, menjadikan jumlah terkini adalah 163 kluster tamat.

“Empat kluster yang tamat semalam, iaitu Kluster Kasih, Kluster Baiduri, Kluster Long dan Kluster Bestari. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau ialah 167 kluster. Dari jumlah itu, 54 kluster melaporkan pertambaha­n kes.

“Kluster yang melaporkan pertambaha­n kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (504 kes), Kluster Tembok (42 kes) dan Kluster Kaya (20 kes),” katanya.

 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia