Berita Harian

Kesalahan terbabit aktiviti pusat hiburan catat angka tertinggi

-

Kuala Lumpur: Kesalahan terbabit aktiviti pusat hiburan bukan sahaja terus dikesan, malah mencatat angka tertinggi kes ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kelmarin.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata 96 individu ditahan atas kesalahan itu, diikuti 80 lagi kerana tidak memakai pelitup muka.

Katanya, mereka sebahagian 381 individu ditahan kerana mengingkar­i arahan PKP, dengan 377 dikenakan kompaun dan empat direman.

“Seramai 69 orang dikenakan tindakan atas kesalahan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal dan 57 lagi kerana gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran pelanggan.

“Seterusnya, merentas negeri atau daerah ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) (33) dan lain-lain kesalahan (46),” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengenai pemeriksaa­n khas pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diadakan kelmarin, Ismail Sabri berkata, hanya tiga daripada 1,045 premis diperiksa tidak mematuhiny­a dan diberi nasihat.

“Penguat Kuasa KPDNHEP juga membuat 673 pemantauan harian kepada 12 jenis bekalan barangan termasuk 482 peruncit; 160 pemborong dan 31 pengilang, semalam (kelmarin).

“Secara keseluruha­n bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara berterusan dan mudah diperoleh,” katanya.

Beliau memaklumka­n, pihak berkuasa menahan 20 pendatang asing tanpa izin menerusi Op Benteng di seluruh kawasan sempadan negara, kelmarin.

Menerusi operasi sama, beliau berkata, tiga penyeludup juga ditahan, manakala sembilan kenderaan darat dirampas.

“Sebanyak 278 sekatan jalan raya (SJR) Op Benteng dilaksanak­an di seluruh negara, kelmarin,” katanya.

96 individu ditahan atas kesalahan terbabit aktiviti pusat hiburan.

Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamata­n)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia