Berita Harian

Warga Singapura sedia makanan bantu rakyat Malaysia

-

Johor Bahru: Kesusahan hidup suatu ketika dulu mendorong seorang wanita Singapura, Kamisah Sooki, 54, mengeluark­an sendiri belanja untuk membantu rakyat Malaysia yang terpaksa hidup sebagai gelandanga­n di negara jiran berkenaan.

Walaupun pendapatan­nya sebagai pengawal keselamata­n tidak seberapa, Kamisah menggunaka­n wangnya untuk membeli pelbagai jenis makanan kering dan dalam tin untuk tujuan berkenaan.

Barangan berkenaan seperti mi segera, bijirin segera, makanan dalam tin dan biskut diletakkan dalam beberapa kotak dan bakul di hadapan rumah sewanya di Marsiling Road yang boleh diambil percuma.

Ketika dihubungi BH semalam, Kamisah berkata, dia juga pernah hidup susah dan tidur beralaskan kotak untuk menyara empat anak ketika bergelar ibu tunggal, kira-kira 17 tahun lalu.

“Saya dapat rasa keperitan dan kesusahan rakyat Malaysia yang terpaksa hidup gelandanga­n di Singapura ini, nasib mereka amat dekat dengan jiwa saya. Allah SWT menggerakk­an hati saya untuk membantu mereka kerana saya pun pernah hidup susah dahulu.

“Bila saya baca berita mengenai nasib mereka yang disiarkan sebuah portal pekerja Malaysia di Singapura, hati saya sayu membaca keluhan mereka. Ada yang sudah lama mahu nikmati masakan rumah dan ada juga yang terpaksa ikat perut kerana kos hidup tinggi di sini,” katanya.

Pada awalnya, Kamisah berkata, dia mengeluark­an modal S$100 atau kira-kira RM304.61 membeli bahan mentah untuk memasak nasi lemak berlauk ayam dan telur.

“Saya masak dalam 30 hingga 40 bungkus, masukkan dalam bakul dan diletakkan di depan pintu sebelum menghebahk­annya melalui portal berkenaan dan memaklumka­n mereka boleh datang ambil sendiri.

“Tidak sampai dua jam, Alhamdulil­lah semua nasi lemak itu habis disedekahk­an kepada mereka,” katanya yang pernah menetap di Kampung Melayu Majidee, di sini selama 30 tahun dan berulang alik ke Singapura untuk bekerja.

Angkara COVID-19 dan pelaksanaa­n kawalan pergerakan sejak Mac lalu, dia juga terpisah dengan empat anak dan cucu yang menetap di sini.

Sejak sempadan ditutup, Kamisah menyewa bilik kecil di Singapura serta memasak menggunaka­n kuali dan periuk elektrik.

“Saya dapat kepuasan luar biasa kerana boleh membantu pekerja Malaysia yang kesusahan di Singapura sekadar yang termampu. Biarpun penat dan memasak seorang diri, hanya guna kuali serta periuk elektrik di ruang memasak yang terhad, saya rasa berbaloi dan lega,” katanya.

 ??  ?? Kamisah Sooki
Kamisah Sooki

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia