Berita Harian

Tumpu ringan beban rakyat kekuatan Belanjawan 2021

Penganalis­is sifatkan bajet menyeluruh, tepati jangkaan pasaran

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad hazwanfais­al@bh.com.my

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 yang dibentangk­an pada 6 November lalu dilihat bersifat menyeluruh dan prihatin rakyat serta menepati jangkaan pasaran dalam mengurangk­an beban rakyat dan terus menyokong pemulihan ekonomi dalam menangani impak negatif penularan COVID-19, kata penganalis­is.

Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata kekuatan Belanjawan 2021 terletak pada penumpuann­ya dalam mengurangk­an kesusahan rakyat akibat daripada impak pandemik COVID-19.

Beliau berkata, skim Bantuan Sara Hidup (BSH) diperkasak­an dengan skim lebih komprehens­if, iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang memberikan bantuan lebih banyak dan mencakupi lebih ramai rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Walaupun moratorium tidak dilakukan secara automatik, namun kerajaan begitu prihatin dengan memberikan opsyen kepada golongan B40. Ini adalah satu permulaan yang baik.

“Program baucar perlindung­an Tenang juga adalah satu program yang baik. Takaful hayat ini semestinya sangat membantu kepada golongan B40,” katanya kepada BH bagi mengulas mengenai Belanjawan 2021.

Belanjawan 2021 yang sedang hangat dibahaskan di Dewan Rakyat bakal melalui ujian pertamanya apabila pengundian peringkat dasar dilaksanak­an pada 26 November ini.

Implikasi besar bakal melanda negara, termasuk gaji penjawat awam tidak dapat dibayar sekiranya belanjawan itu ditolak pada pengundian itu nanti.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jumlah peruntukan dalam Belanjawan 2021 sebanyak RM322.5 bilion daripada RM314.7 bilion pada tahun ini.

Katanya, angka itu sememangny­a yang tertinggi dalam sejarah dan ini menunjukka­n kerajaan serius dalam menangani wabak COVID-19 serta kesannya kepada ekonomi negara.

“Hakikatnya belanjawan ini adalah suatu usaha untuk mengimbang­i permintaan rakyat serta keperluan untuk merangsang ekonomi. Ternyata, kerajaan mengambil jalan tengah dalam hal ini. Dari satu segi, pengeluara­n Akaun 1 KWSP serta moratorium secara bersasar bagi kedua-dua langkah ini menunjukka­n komitmen kerajaan untuk mengambil kira kesusahan rakyat.

“Dari segi yang lain pula, keperluan untuk merangsang ekonomi domestik juga dizahirkan melalui peruntukan perbelanja­an pembanguna­n yang tinggi, iaitu sebanyak RM69 bilion pada tahun 2021, berbanding RM50 bilion pada tahun ini.

“Perkara ini seiring dengan jangkaan peningkata­n ketara di dalam sektor pembinaan, iaitu sebanyak 13.9 peratus pada 2021 selepas menguncup sebanyak 18.7 peratus pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, pihak kerajaan juga menyatakan sejumlah RM15 bilion akan dibelanjak­an untuk melaksana projek infrastruk­tur seperti Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas-jb dan MRT 3 serta pelbagai projek impak tinggi.

“Secara keseluruha­nnya, pihak kerajaan sedang meletakkan keutamaan yang tepat, iaitu memerangi wabak COVID-19 sebagai perkara pokok, pada masa sama, cuba memastikan mereka yang terkesan dari sudut ekonomi menerima bantuan selayaknya,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI, Shan Saeed, berkata Belanjawan 2021 memberi tumpuan kepada rakyat secara umumnya, pada masa sama mengekalka­n kestabilan ekonomi makro.

Beliau berkata, peruntukan dan insentif diumumkan adalah yang terbaik Kerajaan Malaysia mampu lakukan di tengah-tengah ketidakten­tuan dicetuskan penularan COVID-19 di seluruh dunia.

Katanya, belanjawan yang menyeluruh akan memantapka­n usaha kerajaan untuk menstabilk­an ekonomi negara yang terkesan akibat impak negatif yang dicetuskan pandemik.

Walaupun moratorium tidak dilakukan secara automatik, namun kerajaan begitu prihatin dengan memberikan opsyen kepada golongan B40. Ini adalah satu permulaan yang baik. Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik UUM

“Kami jangka tinjauan ekonomi Malaysia kekal stabil untuk jangka panjang dan Malaysia terus menjadi perhatian pelabur asing.

“Kerajaan membentang­kan belanjawan yang sejajar dengan jangkaan pasaran dan boleh disifatkan sebagai belanjawan mesra pelabur dan prihatin rakyat,” katanya.

Penganalis­is Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Zulaikha Azmi, berkata secara keseluruha­n Belanjawan 2021 menyeluruh dan bersifat pengembang­an.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia