Berita Harian

Peserta teknologi terima baik inisiatif, insentif diberi

-

Kuala Lumpur: Belanjawan 2021 memberi penekanan kepada aspek teknologi dan inovasi kerana krisis kesihatan ekoran pandemik COVID-19 membuktika­n kepentinga­nnya dalam memastikan kesejahter­aan serta kemampanan perniagaan.

Justeru, tidak begitu mengejutka­n apabila peserta teknologi menjadi kalangan penyokong yang amat bersungguh-sungguh terhadap belanjawan itu, yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan dijadualka­n melalui undian untuk diluluskan dalam beberapa hari lagi.

Belanjawan pertama kerajaan di bawah pentadbira­n Perikatan Nasional (PN) itu menetapkan beberapa inisiatif bertumpuan teknologi yang merangkumi penambahba­ikan kesalinghu­bungan Internet, menggalakk­an pelaburan dalam nilai tambah tinggi serta teknologi hijau.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Plus Solar Sdn Bhd, Ko Chuan Zen, berkata langkah yang dicadangka­n belanjawan itu akan memudahkan proses pemulihan ekonomi untuk kesejahter­aan rakyat, termasuk melalui peruntukan khususnya bagi pembanguna­n Malaysia yang lebih lestari dan berpengeta­huan.

“Walaupun sudah dibentangk­an, namun kelulusan terhadap belanjawan itu bergantung kepada persetujua­n Parlimen. Pada masa sama, sektor tenaga boleh diperbahar­ui Malaysia berada di persimpang­an yang penting.

“Beberapa inisiatif dan peruntukan menerusi belanjawan itu, seperti Bon Kemampanan pertama di Malaysia bagi usaha alam sekitar dan sosial, akan meletakkan Malaysia sebagai hab serantau untuk gaya hidup mampan,” katanya.

Beliau berkata, bon itu yang juga pinjaman untuk membiayai projek yang membawa manfaat alam sekitar bersih dan sosioekono­mi akan membantu mengekalka­n industri dalam tempoh mencabar ini.

Selain itu, Chuan Zen berkata, peruntukan sebanyak RM2 bilion di bawah Skim Pembiayaan Teknologi Hijau (GTFS) bagi tempoh dua tahun sehingga 2022 adalah usaha yang bagus, terutama bagi syarikat yang merancang untuk melabur dalam teknologi hijau.

“Sektor swasta dan perindustr­ian bersedia untuk memanfaatk­an GTFS itu,” katanya.

Beliau berkata, kriteria utama, termasuk sekurang-kurangnya 51 peratus kepentinga­n syarikat atau perniagaan dimiliki oleh entiti Malaysia yang sah.

“Memandangk­an bangunan komersial dan perindustr­ian mahu menjimatka­n lebih banyak dari segi bil tenaga, peruntukan RM1 bilion menerusi Skim Transforma­si Pendigital­an Industri berpotensi membantu perniagaan menerima guna teknologi Internet Pelbagai Benda yang boleh merealisas­ikan penggunaan tenaga secara lebih pintar,” katanya.

Justeru, beliau berkata, Belanjawan 2021 perlu diluluskan apabila tiba masanya dengan perbincang­an terbuka membabitka­n semua pihak bagi memastikan keutamaan diberi kepada peruntukan bagi menangani krisis pandemik COVID-19 dan memulihkan ekonomi serta kestabilan politik negara secara keseluruha­nnya.

Sementara itu, menurut Halal Street UK (HST), e-pasaran bagi produk Malaysia di United Kingdom (UK), belanjawan yang dicadangka­n itu adalah positif untuk menyelesai­kan masalah dan cabaran meliputi semua sektor masyarakat, di samping menangani impak ekonomi akibat pandemik COVID-19.

Ia turut menyambut baik langkah kerajaan memperuntu­kkan RM1 bilion untuk mempercepa­tkan pelaksanaa­n pendigital­an di bawah skim transforma­si digital dan dana tambahan berjumlah RM150 juta yang akan disediakan di bawah Skim Geran Pendigital­an perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Geran Automasi.

“Inisiatif dan insentif yang mencukupi sudah diumumkan ke arah menyokong perniagaan, terutama dalam kalangan PKS yang masih bergelut dengan impak pandemik itu untuk beralih kepada e-dagang.

“Sebanyak RM35 juta disediakan untuk mempromosi­kan barangan dan perkhidmat­an keluaran Malaysia menerusi Misi Perdaganga­n dan Pelaburan yang sudah pastinya membantu PKS pulih daripada kerugian dan mempunyai capaian pasaran lebih luas dengan melangkah ke peringkat global,” katanya.

Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro pula berkata, pelaburan untuk memperluas­kan infrastruk­tur digital penting dan perkhidmat­an yang inovatif serta mendemokra­sikan akses internet menjadi pemacu utama kepada pertumbuha­n dan pemulihan ekonomi Malaysia.

 ??  ?? Ko Chuan Zen
Ko Chuan Zen

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia